Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Al-Baqarah 2:183)
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.(Al-Baqarah 2:184)
Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK" kepada semua umat Islam. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan penuh keinsafan.
Bersama memenuhi kewajipan berpuasa dan bersama kita melakukan ibadah yang terbaik di dalam bulan yang penuh keberkahan ini.
Pihak Ma'ahad juga membuka ruang dan peluang kepada semua warga muslim yang berminat untuk menaja dan berbuka bersama warga Ma'ahad sepanjang Ramadhan kali ini. Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi pihak Pengurusan Ma'ahad ditalian : 012 981 5057/019 989 9815 (Ustazah Hafizah).
Kepada yang berminat untuk bertarawikh dan bermalam bersama warga Ma'ahad, pihak Ma'ahad ada menyediakan roomstay untuk disewa.
Comments