Tuesday, May 29, 2007

BERITA MENGENAI SEKOLAH DARUL HIJRAH

MTDHI pelawa kemasukan pelajar anak yatim
Basiron Abdul Wahab Fri Dec 15, 06 03:31:41 PM

MARAN 15 Dis (Hrkh) – Markaz Tarbiyyah Darul Hijrah Islamiyyah (MTDHI) Kampung Paya Pasir memperkenalkan Program Eksplorasi Ilmiah (EIM) pada setiap musim cuti persekolahan.

Pengarah program, Ustazah Hafizah Mohd Alwi 30, berkata, sempena musim cuti persekolahan sekarang pihaknya berjaya mengadakan program tersebut dari 10 Disember dan hingga 15 Disember 2006, selama enam hari lima malam.
Menurutnya, program kali ini disertai lebih 30 pelajar lelaki dan perempuan yang datang daripada kawasan sekitar Pahang dan luar.
Katanya, EIM adalah program tarbiyah khusus yang memberi penekanan ilmu dan amalan seperti fardhu ain, bacaan al-Quran bertajwid, hafazan al-Quran, solat berjamaah, motivasi pelajar, solat sunat tahajud, taubat dan munajat.
“Selain menggunakan tenaga pengajar dalaman kami mengundang tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang tertentu, seperti Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Raja Ismail Syahdan untuk menyampaikan kuliah dan pengajaran mengikut bidang kepakaran masing-masing,” ujarnya.
Mengenai MTDHI, Hafizah berkata, pihaknya mempelawa ibu bapa yang berminat dengan pembelajaran agama menghantar anak-anak mereka belajar di MTDHI.
“Disini kami boleh membantu pelajar merealisasikan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran keluar negara sama ada di Universiti Al Azhar, Mesir atau Global Universiti, Lubnan,” katanya.
Pihak MTDHI menerima pelajar lepasan sekolah rendah, lepasan PMR, SPM dan STAM yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara.
“Di sini pelajar juga boleh menduduki peperiksaan PMR, SMA, SPM dan STAM,” katanya.
MTDHI juga menyediakan Kelas Tahfiz Al Quran dan kursus bahasa Arab jangka pendek (persediaan kepada pelajar untuk keluar negara).
Selain itu, MTDHI turut menyediakan tempat kepada anak-anak yatim atau sebagai rumah anak-anak yatim dan setakat ini terdapat lapan orang anak yatim belajar di MTDHI yang di biayai oleh MTDHI sepenuhnya.
“Kita mempelawa anak-anak yatim menyertai MTDHI sekiranya berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga MTDHI,” katanya.
MTDHI ditubuhkan pada 14 April 1994 oleh Allahyarham Ustaz Mohd Alwi Abdul Hamid, bekas pesuruhjaya PAS Pahang sebagai pengetua dan kini jawatan itu disandang oleh isterinya, Ustazah Khazizah Khatib Mat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang dan PAS Pusat.
Mengenai masa depan MTDHI, Hafizah berkata pihaknya mengharapkan sokongan daripada umat Islam yang cintakan agama untuk membolehkan MTDHI bangkit semula sebagai institusi pendidikan agama tersohor.

“Kami mempunyai prasarana yang mampu menampung 100 pelajar lelaki dan perempuan kerana di MDTHI semua pelajar tidak dibenarkan tinggal di luar kawasan sekolah, semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama,” jelas Hafizah.
MDTHI boleh dihubungi melalui telefon/fax 09-2996115 atau 016- 6429815/019-9180573 (Ustazah Hafizah).

Berita Mengenai Sekolah Darul Hijrah

Markas Tarbiyah Darul Hijrah Islamiyah (MTDHI), Pahang mempelawa anak-anak yatim di seluruh negara melanjutkan pengajian persekolahan mereka bagi tahun 2007 yang mana pendaftarannya dibuka mulai sekarang.Menurut tenaga pengajarnya, Ustaz Rashiq, MTDHI menyediakan tempat atau rumah kepada anak-anak yatim di samping pengajian dan pelajarannya dibiayai sepenuhnya oleh pihak MTDHI.
"Setakat ini terdapat lapan anak yatim belajar di sini dan kami mempelawa serta bersedia menerima lebih ramai lagi anak-anak yatim yang berminat belajar di sini," katanya.Di samping itu katanya, MTDHI turut menerima pelajar lepasan sekolah rendah, lepasan PMR, SPM dan STAM yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
"Di sini pelajar menduduki peperiksaan PMR,SMA, SPM dan STAM. Dan dalam masa yang sama kami boleh membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di Universiti Al-Azhar, Mesir atau Global University di Lubnan," katanya dan menambah bahawa MTDHI menyediakan Kelas Tahfiz al-Quran dan kursus bahasa Arab jangka pendek untuk pelajar yang ingin melanjutkan peljaran ke luar negara.

Sebelum ini, katanya MTDHI turut mengadakan Program Eksplorasi Ilmiah (EIM) kepada para pelajar dalam dan luar negeri Pahang pada 10 Disember hingga 15 Disember yang lalu untuk memberi penekanan ilmu antaranya seperti pengajian fardu ain, hafazan al-Quran, motivasi pelajar, munajat dan sebagainya.Bagi sesiapa yang berminat memasuki sesi persekolahan di MTDHI, bolehlah menghubungi Ustaz Rashiq 016-6429815/019-9180573. (Pendaftaran dibuka sekarang)Dalam masa yang sama MTDHI turut memerlukan guru agama, guru akademik dan guru tahfiz untuk mengajar di sini dan bagi sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut boleh menghubungi di talian yang sama seperti yang tertera.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...