Monday, May 14, 2012

Bersama pelajar dari Universiti Malaysia Pahang

Pada 21 JamadilAkhir 1433 bersamaan 13 Mei 2012 mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian UMP dari Kelab IQRA yang telah datang untuk berkongsi ilmu dan beramah mesra bersama-sama pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI).
Pelajar UMP telah samapai ke Ma'ahad sekitar pukul 8.45 pagi, awal 15 minit dari yang dijadual. Kehadiran mereka disambut mesra oleh pihak Ma'ahad.
Mereka telah mengadakan program kemesraan bersama pelajar-pelajar Ma'ahad. dan selepas zohor, pihak Ma'ahad telah diminta untuk menyampaikan sedikit tazkirah serta peringatan bersama.

Selepas asar, diadakan acara bergambar dan bersurai. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan baru-baru ini. Semoga dengan kehadiran pelajar dari UMP menyemarakkan semangat belajar di kalangan pelajar-pelajar MTDHI.

Wednesday, May 9, 2012

KASIH SAYANG IBUBAPA

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang maksudnya: 
“ Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu
 a. tanggungjawab semasa mereka masih hidup 
 b. tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk:
a. mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, 
b. menziarahi pusara mereka, 
c. melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, 
d. menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, 
e. mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, 
f. membaca al-Quran 
g. melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى , amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al Isra' 23 - 24 :
ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 17023
ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. 17024 
 
Ayat di atas menerangkan kepada kita kepentingan menjaga kedua ibubapa kita.
 
Ramai masyarakat kini yang mula hilang pertimbangan untuk mengasihi dan menyayangi ibubapa. Sibuk dengan urusan dunia dan akhirat sehingga mengenepikan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka. 
Ramai anak-anak yang sudah bekerja dan berumahtangga, jarang sekali datang  menjenguk apatah lagi bertanya khabar mereka. Handphone yang semakin canggih kekadang membuat anak-anak tidak mampu menekan nombor ibubapa mereka kerana kesibukan urusan dunia dan urusan akhirat mereka. 
Ibubapa di rumah bukannya mengharapkan wang ringgit atau harta benda anak-anak, tapi yang diidamkan adalah belaian mesra dan kata-kata manis dari anak-anaknya dan tubuh badan anak-anaknya berada walau seketika di depan mereka.
Kembalilah ke pangkuan ibubapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Sayangilah mereka sementara mereka ada di hadapan kita. Jenguklah mereka selagi mereka masih bernyawa menantikan kepulangan kita.
Anak yang soleh hanyalah mereka yang dapat membahagiakan ibubapa ereka di muka bumi ini dan mendoakan mereka jika mereka sudah meninggalkan kita. Hargailah masa yang masih berbaki ini bersama-sama mereka dan membahagiakan mereka.

Thursday, May 3, 2012

KEM IBADAH REMAJA MINGGUAN

Eksplorasi Ilmiah Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah (EIM) kembali bersama Kem Ibadah Remaja MTDHI bertemakan REMAJA MAGNET pada musim cuti pertengahan tahun pendidikan 2012.


Program ini akan bermula pada 6 hingga 12 Rejab 1433 bersamaan  27 Mei (AHAD) hingga 2 Jun (SABTU) 2012. Penyertaan ini terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, lelaki dan perempuan.
Bayaran untuk mengikuti program ini RM200.00. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Ma'ahad :
094855115 ( Pejabat)  - 0199119900 (Ummi-PENGETUA Ma'ahad)  - 0199899815 (Ustzah Hafizah-GPK Ma'ahad).
Penyertaan adalah terhad. Keistimewaan kepada peserta terawal.
Antara pengisiannya :
- Pemantapan Aqidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
- Pemurnian akhlak ( mencontohi akhlak Rasulullah)
- Klinik Feqah ( Wudhuk - solat - dsbnya )
- Pengenalan Al Quran ( Tajwid - Bacaan - Hafazan surah pilihan - dsbnya )
 Semoga percutian anda dan anak-anak anda dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Wednesday, May 2, 2012

MEMERLUKAN TENAGA PENGAJAR

BismillahirRahmanirRahim


Pihak MTDHI memerlukan beberapa orang tenaga pengajar dan tenaga pengajar tahfiz yang berminat untuk mendidik dan mentarbiah pelajar di ma'ahad ini. Untuk makluman umum, pihak MTDHI mencari orang yang betul-betul ingin mendidik anak bangsa dan seagama ke arah kebaikan.
Pengajaran sepenuh masa, memerlukan banyak pengorbanan. Tenaga Pengajar diminta untuk mendidik pelajar sepenuh masa.
Pelajar di MTDHI ini terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pendidikan. Ada antaranya anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan, anak-anak yatim, anak-anak miskin, anak-anak yang tidak ke sekolah sebelum ini dan pelbagai peringkat. Umur pelajar dari 8 hingga 17 tahun.

Pada setiap musim cuti persekolhan, pihak Ma'ahad akan mengdakan KEM IBADAH REMAJA. Dan InsyaAllah pihak Ma'ahad juga akan mengadakan Kem Ibadah Dewasa, bergantung kepada sambutan peserta.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi Ma'ahad di : 09-4855115 (pejabat), Ummi (Pengetua) 0199119900, Ustazah Hafizah (K.Teh - GPK Ma'ahad) 0199899815. Atau email ke mt_dh@yahoo.com.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...