Monday, January 27, 2020

Perusahaan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) ada mengusahakan beberapa perusahaan untuk membantu menampung perbelanjaan di Ma'ahad. Antaranya adalah pengusahaan menternak dan menjual kambing, penanaman pokok kelapa dan beberapa penanaman jenis kontan.
Kali ini pihak Ma'ahad akan menjualkan hasilnya, antaranya adalah kambing yang telah cukup umur untuk dijual. Anggaran sekor kambinng sekitar 30 kilo lebih dan harga untuk sekilo adalah RM30.00



Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi Ummi/ Pengetua Ma'ahad : 019 9119900

Saturday, January 25, 2020

Aktiviti 40 hari

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah merancangkan satu Pendidikan Khas Sebulan untuk membuat saringan dan mengenal pasti status kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar untuk menduduki kelas seterusnya.
Antara pengajian yang didedahkan kepada pelajar adalah Ilmu Fardhu 'ain (Tauhid, Fekah dan Akhlak), kelancaran bacaan Al Quran dan kemahiran individu (seperti mengemas pakaian dan tempat tidur, mengadakan gotong royong asrama dan sekolah dsb)

Beberapa pelajar telah menunjukkan potensi yang baik sepanjang pengajian mereka di MTDHI kali ini. Pelajar-pelajar ketika ini adalah dalam tempoh menyuaikenal situasi di Ma'ahad. Beberapa peraturan dan disiplin Ma'ahad yang baru bagi mereka untuk disesuaikan dan dipatuhi.
Ibubapa akan dating benjumpa pelajar selepas 40 hari mereka berada di Ma'ahad.








Suasana belajar di Ma'ahad.
Aktiviti out Ma'ahad :

     



MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...