Friday, February 28, 2014

Ke Pertandingan Hafazan

Pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) akan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh:
المدارس السعودية في كوالالمبور

Pihak Ma'ahad akan menghantar enam (6) orang (4 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan) wakil untuk kepertandingan hafazan Al Qurana dan Al Hadis pada 4 dan 5 Jamadil Awal 1435 bersamaan 6 dan 7 Mac 2014 hari Khamis dan Jumaat. Salah seorang diantaranya akan mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan hadis manakala lima orang akan ke pertandingan hafazan Al Quran.


Pihak penganjur ada menyediakan tempat penginapan di kawasan Taman Melati. Robongan iniakan diketuai oleh Murabbiah Hafizah bersama dua orang guru pengiring.
Doakan kejayaan untuk pelajar-pelajar Ma'ahad di pertandingan tersebut.

Tuesday, February 18, 2014

Program Ibubapa Bersama Sheikh Nuruddin Al Banjari

Alhamdulillah.... selesai sudah program ibubapa dan penjaga bersama Sheikh Nuruddin Al Banjari dan pihak Ma'ahad. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa, penjaga, ahli qaryah, rakan taulan dan seluruh yang hadir pada majlis tersebut.
Dalam suasana orang kecoh menyuarakan isu politik, pihak Ma'ahad telah mengambil sikap berdiam diri tetapi tegas memperjuangakan aqidah umat Islam. Lantaran itu, pihak Ma'ahad telah mengadakan antaranya satu majlis ilmu besar-besaran untuk melontarkan pandangan kepada mereka yang bertanggungjawab, bahawa kesilapan dan kesalahan yang berlaku kini adalah berpunca kepada ketidak titikberatan pihak yang bertanggungjawab untuk menangani isu aqidah dengan lebih serius.









Persiapan majlis hanya dikendalikan oleh pihak Ma'ahad bersama pelajar-pelajar sahaja. Walaupun begitu, pihak Ma'ahad masih menantikan bantuan dari ibubapa dan penjaga pelajar. Pelajar bertungkuslumus mendirikan khemah sendiri dengan bantuan pekerja-pekerja yang sedang membaiki atap sekolah.








Suasana meriah dalam keadaan cuaca yang sedikit panas tetap dapat diselesaikan dengan jayanya oleh pihak Ma'ahad. Pihak Ma'ahad juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kadi Daerah Maran, wakil anggota Polis Daerah Maran, NGO ASWAJA bersama keluarga jualan dan Muslimat Kawasan Maran, bahagian ekonomi yang telah sudi datang dan bekerjasama dengan pihak Ma'ahad untuk menjayakan program ini.
Pihak Ma'ahad juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Ma'ahad di atas usaha yang bersungguh-sungguh untuk meyempurnakan majlis ini. Semoga usaha berat kalian akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang setimpalnya.

Thursday, February 6, 2014

Bersama Sheikh Ustaz Nuruddin al Banjari di MTDHI


Inilah ulamak yang akan hadir menjejakkan kakinya ke Perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI), Sheikh Ustaz Nuruddin al Banjari yang akan bersama ibubapa/penjaga dan tetamu keluarga serta yang ingin mendengar pengajiannya. Sheikh Ustaz Nuruddin al Banjari, in sya Allah akan bersama dengan semua jemputan bermula 9.00 pagi hingga waktu solat zohor berjemaah.
Program ini akan diadakan pada :
HARI : AHAD
TARIKH : 16 RABIUL AKHIR 1435 bersamaan 16 FEBRUARI 2014
MASA : 9.00 hingga 1.15 petang
TEMPAT : PERKARANGAN UTAMA MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH (MTDHI)
Majlis akan diselangselikan dengan alunan qasidah dari anak-anak Ma'ahad dan jemputan. Jamuan makan tengahari disediakan untuk semua yang akan hadir. Warga Ma'ahad dengan penuh takzim, ingin menjemut semua hadhirin ke majlis ini, untuk sama-sama menambhakan ilmu dan beramal dengannya.
Program yang julung-julung kalinya diadakan secara besar-besaran ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan tetamu dengan warga Ma'ahad. Dan yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu tauhid dan tangungjawab sebagai seorang muslim.
Kehadiran semua adalah dinanti-nantikan dan dialu-alukan.

Wednesday, February 5, 2014

Setelah 41 hari............

Peraturan dan disiplin di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelajar-pelajar baru tidak dibenarkan berjumpa dengan ibubapa atau penjaga mereka dalam tempoh 41 hari. Dan peraturan ini akan dilaksanakan kepada mana-mana pelajar tahun sebelumnya yang gagal dalam ujian bulan mereka.

Antara tujuan peraturan ini dibuat, adalah untuk memastikan pelajar-pelajar tidak diganggu perasaan mereka bila pertama kali berada di luar kawalan ibubapa atau penjaga mereka.
Untuk peringkat ini, pihak Ma'ahad hanya menyediakan pendidikan secara umum kepada sema peringkat pelajar. Mereka akan berada di kelas mengikut prestasi kemampuan membaca dan mengenal huruf-huruf dan membaca Al Quran. Serta menyerasikan pelajar-pelajar dengan jadual penuh Ma'ahad. Matapelajaran yang ditekankan untuk peringkat ini antaranya, mengulang kembali bacaan Al Quran atau Iqra, mengenali Bahasa Arab dan Bahasa Inggeri, kewajipan menunaikan ibadah solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti sunnah digalakkan seperti berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.


Maka setelah genap 41 hari lebih, maka pihak Ma'ahad akan mengadakan hari bersama ibubapa atau penjaga bersama pihak Ma'ahad dan pelajar-pelajar. Kehadiran semua ibubapa dan penjaga adalah dijemput untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 16 Rabiul Akhir 1435 / 16 Februari 2014. Program akan bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Jamuan makan tengahari disediakan oleh pihak Ma'ahad. Kepada ibubapa yang ingin membawa kuihmuih adalah dialu-alukan.
Untuk program dari pukul 9.00 pagi hingga 1.15 petang adalah dibukakan juga kepada saudara mara pelajar-pelajar untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...