Ramadhan 1435 bakal menjelma. Rindu dengan suasana ibadah sudah mula dirasai. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah ingin mengajak kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia dan Malaysia khususnya agar meraikan kehadiran Ramadhan kali ini dengan lebih meriah dan dengan rasa tanggungjawab untuk beribadat.
Ramadhan kali ini, pihak Ma'ahad tidak ketinggalan ingin menjemput seluruh muslimin dan muslimat yang berminat untuk sama-sama meraikan Ramadhan bersama kami di perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah.Pihak Ma'ahad ada menyediakan sahur, berbuka puasa dan moreh bersama masyarakat. Sekali lagi pihak Ma'ahad mermbuka tirau terbuka kepada masyarakat, agensi-agensi, NGO-NGO, jabatan-jabatan atau mana-mana badan koprat untuk sama-sama meraikan majlis ini di Ma'ahad. Segala persiapan bersama akan diadakan dengan kadar kemampuan yang pihak Ma'ahad ada.
Tahun 1434 Ramadhan yang lalu, pihak Ma'ahad ada menerima kunjungan bersahur, berbuka dan moreh bersama dari pelbagai agensi, NGO-NGO dan individu-individu.
Pada tahun ini pihak Ma'ahad ada menyediakan kupon khas Ramadhan untuk seorang peserta. Harga kupon untuk setiap seorang adalah RM10.00 (sahur, berbuka dan moreh)
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat
Tuesday, June 24, 2014
Ramadhan Bulan Ibadah
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman). (Surah Ali `Imran: 110)Mafhum dari surah Al Baqarah:
183.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan
atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
185.
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
- عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ
أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ
الشَّيَاطِينُ. رواه مسلم
Dari Abu Hurairah رضى الله عنه, katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila
masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah
pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada
merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut
huraian ulama' رحمه الله, bahawa terbukanya pintu-pintu
syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya
syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut
maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh
juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang
berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis
ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya
daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya
yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga
yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmidzi)
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmidzi)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”(Riwayat Bukhari)
”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”(Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairahرضى الله عنه . katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”(Imam Ahmad)

”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ruangan beribadah dan beramal cukup terbuka luas di bulan yang penuh dengan kerahmatanNya ini, maka rebutlah dan lakukan sebanyak mungkin untuk kita mengejar kerahmatan dan keberkatan dari Allah Ta'ala.
Monday, June 23, 2014
Pengetua ke Istanbul, Turki
Setelah empat tahun Muhammad Halifa Mukhlis di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) sebagai seorang pelajar yang berusaha untuk terus membukti kepada keluarga dan masyarakat bahawa dia mampu untuk terus bersaing dengan pelajar-pelajar di luar telah menyambung pengajiannya di Istanbul, Turki. Pembiayaan penerbangan telah dibantu sepenuhnya oleh seorang dermawan di Kuantan. Dan pengajiannya di sana ditanggug sepenuhnya oleh waqaf di tempat pengajiannya. Dia merupakan seorang anak yatim di Ma'ahad ini.
Pengetua Ma'ahad Ustazah Hajah Azizah bersama guru pengiring, Ustaz Mohd Rasyiq telah bersama-sama mengiringnnya ke Istanbul, Turki bagi memastikan penginapan dan tempat belajarnya selesa.
Perjalanannya ke Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Turki Airlines telah bertolak pada 5 Mei 2014 baru-baru ini. Pihak Ma'ahad selalu mendoakan kejayaan buat semua pelajar-pelajar yang telah memilih untuk meneruskan pengajiannya. Semoga Halifa mampu pulang sebagai anak watan yang berjaya dunia dan akhirat. Serta menunjukkan kejayaan yang baik buat pelajar-pelajar Ma'ahad yang lain.

Monday, June 2, 2014
Suasana Ma'ahad kini
Setelah berlalu beberapa bulan dalam tahun 2014, pihak Ma'ahad telah menerima kemasukan pelbagai jenis lapisan. Ada yang jenis untuk sementara menunggu panggilan ke tempat lain, ada antaranya untuk meperbaiki akhlak dan ada juga untuk menuntut ilmu.
Sementara sekolah-sekolah lain bercuti, Ma'ahad telah menyediakan satu program khas untuk pelajar-pelajar Ma'ahad dan terbuka untuk pelajar-pelajar luar mengikuti kem ibadah. Antara lain pengisian utama dalam program ini adalah memperbetulkan bacaan ayat suci Al Quran dan memperhalusi bacaannya bagi mereka yang masih belum lancar. Mendedahkan pelajar kepada kaedah wuduk dan solat yang betul. Penekanan yang penting sepanjang mengikuti kem ini adalah penerapan aqidah yang betul kepada peserta.
Hari ini sudah masuk hari ketiga peserta mengikuti program. Walaupun begitu pihak Ma'ahad masih menerima kemasukkan lagi. Suasana yang ceria dan menyeronokkan ini akan berkekalan dan dipermudahkan urusan pihak pentadbir untuk mengendalikannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari
Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat darjat Nabi A...
-
الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad.
-
Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak ma...
-
Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang b...