Wednesday, January 4, 2012

PENGAJIAN MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH (MTDHI)- OPEN MA'AHAD

Suasana kehijauan di persekitaran ma'ahad melekakan pelajar baru untuk ingatkan keluarga mereka di rumah. Ketenangan di ma'ahad tidak akan tenang tanpa kehadiran suara Pengetua (Ummi) dan Guru Penolong Kanan (K.Teh) di pagi hari. Guru-guru bertungkuslumus menyediakan yang terbaik untuk semua pelajar. Mereka akan cuba melaksanakan tanggungjawab mendidik dna menjaga pelajar.
Pengajian di ma'ahad sudahpun bermula. Jadual penuh telah mula berjalan.

Selama sebulan pertama, pelajar akan diperkenalakan pengajian dwibahasa. Iaitu bahasa arab dan inggeris. Pastinya pendidikan al quran tidak akan dikesampingkan. Walaupun guru-guru ma'ahad tidaklah terlatih sepenuhnya, tetapi semangat mendidik anak bangsa dan merubahkan mereka menjadi lebih baik sudah cukup bagi pihak ma'ahad.
Ma'ahad ini bukan sahaja mendidik pelajar, tetapi cuba sama mendidik jiwa dan perasaan semangat mendidik anak bangsa kepada semua guru. Guru akan mengikuti semua perjalanan pengajian di ma'ahad. Guru yang kuat tidur akan berubah, guru yang hanya tunggu gaji tiap-tiap bulan akan berubah, guru yang hanya nak mengajar waktu kelas akan berubah, guru yang hanya nak lebihkan waktu rehat akan berubah, guru yang hanya nakkan waktu bermain lebih akan berubah. Itulah didikan di ma'ahad. MTDHI hanya memerlukan guru yang mendidik pelajar sepenuh masa sahaja. Itulah sebenarnya tanggungjawab seorang guru.
TAHNIAH dan SYABAS kepada guru-guru MTDHI dan bekas guru MTDHI kerana kalian dapat dididik sebegitu.

PENDAFTARAN PELAJAR 2012

Selamat menyambut tahun pengajian 2012. Semoga semangat untuk terus belajar dalam apa jua bidang akan mendapat tempat di hati-hati semua. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah telah membuka ruang pendaftaran sepanjang masa (OPEN MA'AHAD). Tarikh khusus tidak dapat ditetapkan, kerana setiap hari pihak MTDHI menerima pendaftaran. Kehadiran Tahun Pengajian 2012 menyaksikan kemasukan pelajar yang ramai. Ada diantaranya yang ketinggalan dalam agama. Apa pun pihak MTDHI akan cuba membantu untuk mendidik anak bangsa agar dapat kembali celik mengerti agama dan membaca al quran dengan betul.
Keluar masuk pelajar MTDHI adalah perkara biasa. Biasalah, setelah anak sudah mula faham dan mengerti erti kehidupan adalah dikalangan ibubapa mengeluarkan anak-anak mereka untuk disekolahkan ke tempat lain. Pihak MTDHI bersikap terbuka, siapa yang ingin meneruskan pengajian disilakan dan siapa yang ingin meneruskan ke tempat lain silakan. MTDHI tidak boleh memaksa sesiapa dan menghalang sesiapa, pengajian agama ini perlukan keikhlasan semua pihak. Semoga semuanya berjaya.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN PENGAJIAN 2012

KEM SELESAI DENGAN JAYANYA

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan Kem Ibadah ini dengan jayanya. Ianya bermula pada 26 November lagi sehingga 24 Disember 2011. Majlis Penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, ADUN Chenor, Pahang. Semua ibubapa dan penjaga peserta telah turut hadir bagi memeriahkan majlis penutupan tersebut.
Seperti biasa pihak pentadbir telah memilih beberapa orang peserta sebagai peserta terbaik :
1. Peserta Terbaik Lelaki ( 12 tahun ke bawah ) : Adik Megat Izzat Syaqir bin Mohd Rapi
2. Peserta Terbail Perempuan ( 12 tahun ke bawah ) : Adik Adneen Suraiya binti Mohd Azwar
3. Peserta Terbaik Lelaki ( 13 tahun ke atas ) : Adik Muhd Aliff Haiqal bin Mohd Marzuki
4. Peserta Terbaik Perempuan ( 13 tahun ke atas ) : Adik Nurul Athirah binti Ahmad Kamal Ariffin
Pihak MTDHI merakam ucapan tahniah di atas pemilihan tersebut. Semoga kalian akan menjadi lebih baik dan dapat membantu diri serta keluarga ke arah kebaikan.
Kepada semua peserta, penyertaan semua amatlah memberangsangkan dan kami mendoakan agar kalian mampu membantu diri untuk berubah ke arah kebaikan. Mohonlah dengan Allah agar dipermudahkanNya untuk kalian melakukan pembaharuan dalam diri. Jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...