Thursday, March 10, 2011

CUTI SEKOLAH

Subhanallah... Sudah hampir 2 bulan dan 2 minggu pelajar menghadapi suasana pembelajaran. Sabtu ini bermulanya cuti pertengahan penggal. Tapi bagi pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, mereka akan teruskan pengajian.
Ini kerana beberapa sebab:
- Pelajar baru sahaja ingin mengenal sekolah dan tenaga pendidik
- Pelajar baru sahaja memegang kitab dan Al Quran
- Pelajar baru sahaja mengenal apa erti kewajipan melaksanakan solat 5 waktu
Atas dasar inilah, pihak MTDHI tidak mengadakan cuti pertengahan penggal.
Walaubagaimanapun kepada ibubapa pelajar dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka di Ma'ahad ini.

Kepada semua pelajar di luar sana, pihak MTDHI mengharapkan agar percutian kalian dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bantulah keluarga di rumah. Selalulah mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau di kampung dan taman yang berdekatan.
Penuhkan waktu lapang dengan membaca Al Quran dan buku-buku yang berfaedah.

Tuesday, March 8, 2011

KEMBALI BERSAMA MTDHI DALAM PROGRAM KEM IBADAH REMAJA MEI

Penyertaan ini terbuka kepada semua peringkat.
Keutamaan kepada pelajar sekolah.
Penyertaan adalah terhad

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...