Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat
Sunday, February 12, 2012
Subhanallah.... Apa kah ini satu peringatan untuk seluruh umat Islam....
سبحان الله Subhanallah... Sejadah juga makhluk Allah... Sebagaimana daun, tumbuhan dan makhluk Allah yang lain tunduk sujud, bertasbih, bertahmid dan sentiasa berzikir kepadaNya.... Bagaimana pula dengan manusia yang dianugerahkan akal fikiran.
Peristiwa ini berlaku pada penghujung 11 RabiulAwal 1433 dan permulaan 20 RabiulAwal 1433 bersamaan 11 Februari 2012.
Beberapa pelajar perempuan telah diminta oleh Ummi(pengetua Ma'ahad) supaya membasuh sejadah dengan menggunakan mesin. Tapi pelajar-pelajar tersebut basuh menggunkan tangan. Akibatnya sejadah tersebut lambat kering dan lembab pada sebelah petang. Pelajar perempuan telah menjemurkannya di dalam surau lama dengan cara dihamparkan kesemuanya.
Selepas solat maghrib ada diantara pelajar perempuan naik ke atas surau dan mereka terperanjat kerana melihat sejadah yang dihamparkan tadi kini terbentuk seperti di dalam gambar di atas.
Pihak Pengetua dan pengurusan Ma'ahad telah bertanya berkali-kali adakah ianya dibuat atau ianya terbentuk sendiri. Pelajar-pelajar tersebut tetap menjawab ianya bukan dibuat oleh mereka. Subhanallah.... Inilah apa yang ingin ditunjukkan oleh Allah Ta'ala.
Ikut akal pemikiran secara lalu ianya seperti tidak masuk akal, tapi bila difikirkan secara waras tentang hak Allah untuk mencipta sesuatu dan mengarahkan untuk ianya berlaku maka itulah yang akan berlaku. Apapun pandangan orang di luar pihak Ma'ahad menerimanya, tapi yang menghadapinya adalah penghuni Ma'ahad ini.
Sebelah atas adalah bangunan surau lama. Sebelah bawah ditempatkan kediaman tenaga pengajar wanita.
Kepada sesiapa yang berpeluang melihatnya ambillah ianya sebagai satu peringatan untuk kita semua bahawa kewajipan bersolat itu adalah kewajipan yang mesti dilakukan oleh semua yang telah ditaklifkan oleh Allah untuk mengerjakannya.
Ummi (Pengetua) sering kali melaungkan dalam setiap kali tazkirahnya kepada pelajar-pelajar Ma'ahad dan secara tidak langsung kepada seluruh umat Islam yang berada di sekeliling Ma'ahad atau yang lalu di depan Ma'ahad yang terdengar tazkirahnya berkata, bahawa amalan yang pertama akan dipersoalkan di Padang Mahsyar nanti adalah mengenai iabadat solat, mengikut mafhum hadis. Oleh itu, Ma'ahad ini cukup menitikberatkan soal ibadat solat ini apatah lagi secara berjemaah. Mengikut Ummi lagi, sesiapa yang berada di dalam kawasan Ma'ahad ini adalh menjadi kewajipan kepada mereka untuk mendirikan solat secara berjemaah di surau yang disediakan. Sebab itulah, semua Tenaga Pengajar yang mendidik anak bangsa di Ma'ahad ini dimestikan solat berjemaah di surau bersama pelajar-pelajar. Disamping pahala yang mereka perolehi mereka juga dapat mendidik pelajar-pelajar Ma'ahad ini secara tidak langsung cara solat yang betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari
Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat darjat Nabi A...






