Friday, October 18, 2013

Pengertian Korban

Selamat menyambut AidulAdha Al Mubarak dari warga Ma'ahad. Tahun ini pihak Ma'ahad telah menerima sumbangan binatang untuk dikorbankan di Ma'ahad dengan 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing, alhamdulillah.
Ada sesetengah dari keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad untuk meraikan hari raya korban dengan penuh meriah. Ma'ahad ini ada menyediakan 'roomstay' untuk keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad dengan kadar harga yang berpatutan. Ada di antara 'roomstay' yang berkipas dan ada juga yang berhawa dingin. Dan ada juga yang jenis 'suite roomstay'. Semuanya adalah salah satu dari cara pihak Ma'ahad mengumpul dana. Mengenap sambil menderma, inilah slogan 'roomstay' Ma'ahad.
Semasa aktiviti korban, salah seorang ayah kepada pelajar Ma'ahad adalah salah seorang penyembelih korban di Ma'ahad. Beliau telah menyumbangkan tenaganya semenjak aktiviti korban tahun lepas lagi. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tenaga dan masa untuk menyelenggarakan sembelihan pada hari raya pertama di Ma'ahad.
Bacaan khutbah dan solat hari raya aidhul adha telah dibaca dan diimamkan oleh Ustaz Haji Ahmad Hafiz Haji Mohd Alwi.
Sementara pelajar-pelajar Ma'ahad menyambut perayaan hari raya Aidhul Adha di perkarangan Ma'ahad, kami juga tidak melupakan rakan-rakan/pelajar-pelajar Ma'ahad yang telah dihantar menyambung pengajian mereka di Mesir baru-baru ini menyambut perayaan di sana untuk pertama kali. Untuk tahun ini mereka telah ditemani oleh Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang turut berada di sana semasa menghantar mereka dan  tugasan Ma'ahad.
Ucapan dari warga Ma'ahad, Selamat Menyambut Hari Raya Aidhul Adha di perantauan dan tyeruskan usaha untuk menamatkan pengajian di sana.
Gambar di bawah adalah gambar Ustaz Mohd Rasyiq bersamapelajar Ma'ahad di kawasan kubur Imam Besar Imam As Syafie رحمه الله.





Monday, October 14, 2013

Aktiviti Korban Sempena Aidil Adha 1434

Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) akan mengadakan Korban Perdana yang akan diadakan di Perkarangan MTDHI. In sya Allah dua ekor lembu akan dikorbankan hasil sumbangan dari ibubapa pelajar dan sanak saudara Pengetua. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih.

Tahun ini sekali lagi pihak Ma'ahad akan mengadakan solat hari raya AidulAdha di perkarangan Ma'ahad seperti tahun sebelum ini.

Ini adalah suasana hari raya aiduladha tahun 1433 di perkarangan Ma'ahad yang diimamkan oleh Ustaz Haji Ahmad Hafiz Mohd Alwi serta khatib pada hari tersebut adalah Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Untuk mengingati peristiwa haji terakhir Baginda Rasulullah bersama umatnya, dipaparkan antara isikandungan khutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Antara isikandungan khutbah wada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika menunaikan haji wada' :

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriyah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, berikut adalah isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

“Hai sekalian manusia, perhatikanlah baik-baik apa yang hendak kukatakan! Aku tidak tahu, kalau-kalau aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian semua dalam keadaan seperti sekarang ini.”
“Hai kaum muslimin, ketahuilah bahwa darah (jiwa) dan Harta benda kalian adalah suci bagi kalian, sesuci hari dan bulan yang suci ini., hingga tiba saat kalian pergi menghadap Allah, dan kalian pasti akan menghadapNya. Pada saat itulah kalian dituntut pertanggungjawaban atas segala yang telah kalian perbuat! Ya Allah… itu telah kusampaikan.”

“Barang siapa yang menanggung beban amanat hendaklah ia menunaikan amanat itu kepada yang berhak menerimanya.”

“Semua macam riba terlarang, tetapi kalian masih berhak menerima kembali harta pokoknya (modalnya). Dengan demikian kalian tidak berlaku dzalim dan tidak pula diperlakukan dzalim! Allah telah menetapkan bahwa riba tidak boleh dilakukan lagi, dan riba Al-Abbas bin Abdul Mutthalib sudah tidak berlaku!”

“Semua tuntutan darah (pembalasan jiwa) semasa jahiliyah tidak berlaku lagi, dan tuntutan darah yang pertama kuhapuskan ialah tuntutan darah (jiwa) Ibnu Rabi’ah bin Al-Harits bin Abdul Mutthalib!”

“Hai kaum muslimin, Menukar bulan Hurum (bulan suci) dengan bulan lain adalah perbuatan menambah kekufuran, dan justru karena perbuatan itulah orang-orang kafir bertambah sesat. Mereka menghalalkan perbuatan yang diharamkan dalam bulan suci pada tahun yang satu dan mengharamkan perbuatan yang dihalalkan (dalam bulan-bulan biasa) pada tahun yang lain dengan maksud melengkapi jumlah bulan-bulan suci yang telah ditetapkan Allah”

“Hai kaum muslimin, zaman berputar semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bilangan bulan menurut hitungan Allah adalah dua belas bulan, empat bulan di antaranya. Adalah bulan-bulan suci, yaitu tiga bulan berturut-turut (Dzulqi’dah, Dzulhijjah, dan Muharram) dan bulan Rajab antara bulan Jumadilakhir dan Sya’ban.”

“Hai kaum muslimin, sebagaimana kalian mempunyai hak atas istri-istri kalian, merekapun mempunyai hak atas kalian. Hak kalian atas mereka adalah melarang mereka memasukkan lelaki lain yang tidak kalian sukai ke dalam rumah kalian, dan mereka wajib menjaga diri agar jangan sampai berbuat tidak senonoh. Apabila mereka berbuat demikian itu, Allah mengizinkan kalian berpisah tidur dengan mereka, dan kalian boleh memukul mereka satu kali dengan pukulan yang tidak menimbulkan cacad badan. Jika mereka telah menghentikan perbuatan seperti itu, kalian wajib memberi nafkah, sandang-pangan, kepada mereka secara baik-baik. Hendaklah kalian berlaku baik terhadap istri-istri kalian, sebab mereka itu adalah mitra yang membantu kalian dan karena mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka sendiri. Kalian telah mengambil mereka sebagai amanat Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kalian dengan nama Allah”

“Hai kaum muslimin, camkan baik-baik apa yang kukatakan. Hal itu telah aku sampaikan! Kutinggalkan bagi kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh padanya. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya! Soal itu jelas bagi kalian!”

“Hai kaum muslimin, dengarkan dan fahamilah kata-kataku. Kalian pasti mengerti bahwa setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dan segenap kaum muslimin adalah saudara. Namun tidak seorangpun dari kalian yang dihalalkan mengambil sesuatu milik saudaranya (sesama muslim) kecuali diberikan atas dasar kerelaan hatinya. Jangan sekali-kali kalian berlaku dzalim terhadap diri kalian sendiri!”

“Ya Allah, bukankah (semuanya) itu telah kusampaikan?!!” dengan suara gemuruh membelah angkasa, kaum muslimin menyambut: “ya benar ya rasulullah!”. Beliau kemudia mohon disaksikan Allah:” Ya Allah, saksikanlah”.

Semoga ianya mendatangkan manfaat untuk kita semua. 

Friday, October 11, 2013

KEM IBADAH REMAJA 1434/35-2013

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan ke Kem Ibadah Remaja(KIR) anjuran: Eksplorasi Ilmiah, Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI). Kepada ibubapa yang ingin memenuhi percutian persekolahan anak-anak mereka dengan ilmu, bolehlah mendaftarkan anak-anak ke KIR di Ma'ahad ini.
Antara pengisian dalam program ini adalah:
1. Pemantapan Aqidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
2.Pemurnian akhlak (mencontohi akhlak Rasulullah)
3.Klinik Feqah (Wudhuk - solat - dsbnya)
4.Pengenalan Al Quran (Tajwid - Bacaan - Hafazan surah pilihandsbnya)

KIR ini tidak menjaminkan keselesaan, tetapi apa yang utama adalah ingin mendedahkan kepada remaja pentingnya pendidikan agama dalam kehidupan dan pentingnya berbakti kepada bumi. Aktivit riadhah bukannya menjadi keutamaan dan kemestian dalam program ini, tetapi ianya tidak diketepikan langsung.
Aktiviti menjaga alam sekitar, menjaga kebersihan diri dan berdisiplin dengan masa serta memenuhi ruang masa dengan aktiviti yang berfaedah menjadi keutamaan.
Peserta program dikehendaki membawa bersama:
1. Peralatan mandi (sabun mandi dan basuh, berus dan ubat gigi, baldi dan cebuk dsgnya)
2. Pakaian harian, adalah bebas dan menutup aurat (TIDAK DIBENARKAN pakaian jenis jeans, t-shirt bergambar dan bewarna hitam)
3. Pakaian tidur (keutamaan peserta wanita memakain seluar panjang)
4. Pakaian riadhah.
5. Kelengkapan belajar (seperti alat tulis, al quran/ iqra, buku catatan, mathurat dan manzil)
6. Peralatan tidur (seperti: bantal, sarung tilam dan bantal, selimut)

Barang larangan sepanjang program diadakan, antaranya:
1. Handphone
2. Radio, tv, peralatan memasak dan memanas
3. Peralatan yang tajam
4. Alat-alat permainan

Kemasukan terbuka kepada yang berminat, berumur 9 hingga 18 tahun. Kem ini akan bermula: 17 November 2013 hingga 15 Disember 2013. Kepada yang berminat, sila hubungi: 09 4855115 (Pejabat), 0129815057 (Pejabat), 0199119900(Ummi/Pengetua MTDHI), 0192713781 (Ustaz Rasyiq) dan 0199899815(Ustazah Hafizah/K.Teh). Atau emelkan permohonan ke: mt_dh@yahoo.com.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...