Wednesday, December 29, 2010

KEM IBADAH REMAJA MTDHI SELESAI


Alhamdulillah, setelah sebulan adik-adik peserta Kem Ibadah Remaja anjuran Eksplorasi Ilmiah Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah berada sebumbung kini semuanya sudah balik ke rumah masing-masing untuk menghadapi sesi pembelajaran seterusnya.



Tapi tidak kepada pelajar-pelajar MTDHI, semuanya tetap di MTDHI. Tidak pulang ke rumah, kerana pengajian mereka akan bermula beberapa hari sahaja. Sekarang ini mereka sedang membuat persiapan untuk menyambut pelajar baru yang sudah mula mendaftar masuk berperingkat-peringkat.
Majlis penutupan kem pada kali ini hanya santai. Bermula dengan persembahan berkumpulan dari peserta kem dan diselangi dengan ucapan, tazkirah dan tayangan multimedia.
Setiap peserta kem telah diberi sijil penyertaan. Peserta terbaik telah diungguli oleh :
- Kategori A (13 tahun ke atas)
- Lelaki :Mohd Sharul Ariff bin Manshor
- Perempuan :Tg. Anis Mardhiah binti Tg. Abdul Rahman
- Kategori B (12 tahun ke bawah)
- Lelaki :Tholhah Ubaidillah bin Rozlan
- Perempuan :Hazwa Izzati binti Zaki Yudin

Wednesday, December 22, 2010

SESI PEMBELAJARAN 2011


Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah akan memulakan sesi pengajian untuk tahun 2011 pada 3 Januari 2011. Sesi pendaftaran pelajar baru sudah dibuka bermula 27 Nov 2010 sehingga 2 Januari 2011.
Untuk peserta Kem Ibadah Remaja MTDHI yang akan belajar di MTDHI, pengajian mereka akan bermula pada 27 Disember 2010 ini.
Syarat utama untuk kemasukan ke MTDHI :
1. Pelajar tersebut berminat
2. Tiada penyakit berpenyakit dan berat
Pihak MTDHI juga memerlukan seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan untuk membantu mendidik pelajar-pelajar di MTDHI.

Kepada yang berminat untuk mengikuti pengajian tahfiz dan berminat untuk membantu mendidik, bolehlah hubungi kami : 09 4855115 / 019 3120973 (Pej), 019 9119900 (Ustazah Azizah) & 019 9899815 (Ustazah Hafizah. Email : mt_dh@yahoo.com

Friday, December 17, 2010

Awal Muharram 1432

Selamat menyambut tahun baru kepada umat Islam di seluruh negara.
Semoga semangat kehadiran tahun baru ini lebih bererti dan bersemangat untuk meneruskan usaha yang murni dan menambahkan ibadat.
Sama-sama kita mendoakan agar saban hari kita melakukan perubahan ke arah kebaikan dan memperbetulkan segala kesilapan. Semoga Allah Ta'ala mengampunkan segala kesalahan dan dosa-dosa yang lampau samada kita sedari atau sebaliknya.
Kepada seluruh warga MTDHI, sama-samalah kita berdoa agar Allah membuka ruang dan peluang keampunan kepada kita dan kita berazam untuk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.
Doakanlah agar MTDHI dan warganya terus maju dan sentiasa diberi Allah kekuatan untuk membantu mendidik anak bangsa ke arah kebaikan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

Wednesday, December 15, 2010

KEM IBADAH REMAJA MTDHI - Setelah 20 hari berlalu

Alhamdulillah... Setelah 20 hari Kem Ibadah Remaja anjuran Eksplorasi Ilmiah Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, para peserta masih kekal bersama-sama dengan fasilitator MTDHI yang dilantik.

Alhamdulillah, dari pelbagai latarbelakang dan perangai kini di satukan di satu bumbung dan satu kawasan untuk menimba ilmu dan pengalaman.
Doakan agar anak-anak yang cuba pihak MTDHI bimbing kali ini mampu membuat perubah untuk diri mereka dan juga mampu untuk mengajak keluarga mereka berubah ke arah kebaikan.

Bilangan keseluruhan penyertaan adalah 142 orang peserta. Ada diantara peserta yang pada peringkat awalnya, hanya ingin mengikuti program kem ini selama seminggu hingga kedua minggu. Tetapi setelah seminggu berada di MTDHI, mereka minta kebenaran untuk mengikutinya sehingga akhir. Hari pertama dan kedua adalah Hari Pendaftaran Kem Ibadah Remaja, hari sualkenal dan taklimat program serta para peserta menyesuaikan diri di persekitaran MTDHI.

Setelah seminggu berada di MTDHI, para pelajar telah dikejutkan dengan kehadiran salah seorang pengacara terkenal MHI Ahmad Fetri Yahya. Beliau menyampaikan kata-kata semangat untuk para peserta.

Konsep yang ingin diterapkan kepada para peserta adalah konsep hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :

Dari Umar Ibnul-Khattab رضى الله عنه, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar رضى الله عنه : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril عليه السلام yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Konsep ini cuma diterapkan kepada para peserta agar mereka dapat melakukan ibadat keranaNya, mengerjakan amalan harian mereka pun kerana Allah Ta'ala. Supaya para peserta menghormati diri mereka sebagai seorang muslim dan mukmin yang sejati.





Pada 9 Disember malam, para peserta telah berpeluang mengikuti program muhasabah diri. Ramai di kalangan para peserta yang telah mengalirkan airmata tanda kesedaran dan keinsafan.

Pada 10 Disember hari Jumaat, para peserta telah dibawa untuk menziarahi kawasan perkuburan dan diberikan sedikit peringatan tentang kematian serta mereka berpeluang untuk mengadakan tahlil di sana. Para peserta lelaki dan perempuan khasnya berpeluang menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Kampung Bukit Chempedak bersama ahli qaryah kampung tersebut.




Para peserta berjalan kaki ke kawasan perkuburan di Kampung Bukit Chempedak dan ada diantaranya yang menaiki kenderaan.


Para peserta kini sudah berada di minggu terakhir untuk terus menimbal ilmu di Kem Ibadah Remaja MTDHI. Doakan agar semuanya dapat menimba ilmu dengan sebaiknya di MTDHI.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...