Tuesday, January 13, 2015

Pendaftaran Pengajian 1436 Bersamaan 2015 Bermula...



19 Rabiul Awal 1436 beramaan 10 Januari 2015 hari Sabtu, pendaftaran pengajian sepanjang hayat untuk pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah bermula. Pada hari Sabtu tersebut, pelajar-pelajar yang telah menuntut di Ma'ahad telah datang untuk melaporkan diri dan berikrar untuk menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Disusuli dengan hari berikutnya pendaftaran pelajar-pelajar baru. Pendaftaran ini adalah sepanjang masa.
Kepada semua warga Ma'ahad diucapkan selamat menyambung pengajian, semoga ilmu yang bakal diperolehi nanti akan dapat memimpin kita ke jalan yang baik. Seperti kebiasaan, tempoh pembentukkan pelajar-pelajar Ma'ahad adalah 40 hari, samada yang lama atau yang baru. Ini untuk membiasakan pelajar dengan situasi dan mengembalikan semangat belajar setelah berhari-hari pulang bercuti di kampung halaman. Kerjasama dari ibubapa dan penjaga dalam menjayakan misi ini adalah diharapkan.
Tempoh 40 hari, pelajar didedahkan dengan peraturan dan disiplin Ma'ahad serta pendedahan mengenai Bahasa Arab dan Inggeris serta mengulangkaji Al Quran mengikut kemampuan pelajar. Penekanan amalan ibadat wajib serta membetulkannya adalah antara program penuh yang dijalan di Ma'ahad sepanjang tempoh 40 hari.
Alhamdulillah, Ma'ahad ini adalah antara kawasan yang selamat dari ditimpa musibah banjir. Walaubagaimanapun, bau banjir di sekitarnya masih lagi ada dan diharapkan ibubapa dan penjaga bersabar di atas kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Proses membaik pulih barangan dalaman Ma'ahad juga tertangguh kerana masalah banjir yang tidak dapat dielakkan. Kekurangan yang terdapat dalam Ma'ahad kini dalam proses membaikinya kini. Diharap semua yang terlibat bersabar dan mendoakan agar urusan ini dapat disegerakan dan dipermudahkan Allah.

Monday, January 5, 2015

Ma'ahad Membantu Mangsa Banjir

Tiada ungkapan yang terbaik untuk kami ajukan melainkan Alhamdulillah (الحمد لله) diatas segala ujian yang diberikan kepada kita semua. Penghujung tahun ini merupakan tahun yang diuji Allah ke atas hamba-hambaNya. Banjir kali ini, sekali lagi telah membuka ruang kepada pihak Ma'ahad untuk menabur bakti kepada masyarakat secara sedar atau sebaliknya.
Semenjak banjir yang menghalang perjalanan Temerloh-Maran, ramai dikalangan ahli karyah yang berpindah randah. Kawasan kediaman rasmi Pengetua dan bangunan Ma'ahad juga membuka ruang kepada ahli karyah untuk menginap dan menempatkan barang mangsa banjir. Roomstay Ma'ahad juga dihuni oleh mangsa banjir, alhamdulillah inilah sedikit cara pihak Ma'ahad membantu mangsa banjir secara sedar atau sebaliknya.
Dalam keadaan Pengetua yang baru sahaja sembuh dan keluar dari wad kerana diuji Allah dengan sedikit masalah kesihatan, Pengetua hanya mampu menyediakan tempat dan ruang untuk mangsa banjir menempatkan barang dan berteduh. Apa sahaja hasil tanaman yang diusahakan oleh beliau sendiri telah disalurkan kepada mangsa banjir di kawasannya untuk dinikmati. Labu, cili, terung dan sebagainya telah menjadi hidangan kepada mereka yang terperangkap di kawasan Ma'ahad.
Sehingga ke hari ini bekalan letrik masih terputus. Dan pada hari Jumaat baru-baru ini, surau Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah, telah menyediakan tempat untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Alhamdulillah, ahli karyah berkesempatan menunaikan kewajipan solat fardhu Jumaat dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi dengan sempurna.
Semoga usaha dan sedikit sumbangan ini akan meringankan beban mangsa banjir. Walaubagaimanapun, Pengetua, Hajah Azizah (Ummi) dan seluruh warga Ma'ahad mendoakan agar musibah ini akan menginsafkan kita dan menjadikan kita semua lebih bertaqwa.

Pendaftaran Masuk Pelajar Ma'ahad

Suasana banjir yang masih berlarutan ini, maka pihak Ma'ahad telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh percutian pelajar sehingga 10 Januari 2015. Pendaftran pelajar lama bermula 10 Januari 2015 ini dan untuk pelajar baru bermula 11 Januari 2015 pada hari Sabtu dan Ahad. Kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan.
Sebarang permasalahan bolehlah menghubungi pihak Ma'ahad ditalian 0199119900 / 0199899815 / 0192713781 atau 094855115. Sekiranya kesemua talian tadi tidak dapat dihubungi kerana permasalahan line yang belum pulih sepenuhnya, bolehlah menghubungi di talian 0199511873 untuk sebarang persoalan dan masalah.

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...