Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2007

BERITA MENGENAI SEKOLAH DARUL HIJRAH

MTDHI pelawa kemasukan pelajar anak yatim Basiron Abdul Wahab Fri Dec 15, 06 03:31:41 PM MARAN 15 Dis (Hrkh) – Markaz Tarbiyyah Darul Hijrah Islamiyyah (MTDHI) Kampung Paya Pasir memperkenalkan Program Eksplorasi Ilmiah (EIM) pada setiap musim cuti persekolahan. Pengarah program, Ustazah Hafizah Mohd Alwi 30, berkata, sempena musim cuti persekolahan sekarang pihaknya berjaya mengadakan program tersebut dari 10 Disember dan hingga 15 Disember 2006, selama enam hari lima malam. Menurutnya, program kali ini disertai lebih 30 pelajar lelaki dan perempuan yang datang daripada kawasan sekitar Pahang dan luar. Katanya, EIM adalah program tarbiyah khusus yang memberi penekanan ilmu dan amalan seperti fardhu ain, bacaan al-Quran bertajwid, hafazan al-Quran, solat berjamaah, motivasi pelajar, solat sunat tahajud, taubat dan munajat. “Selain menggunakan tenaga pengajar dalaman kami mengundang tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang tertentu, seperti Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Raja Ismail Syahdan untu

Berita Mengenai Sekolah Darul Hijrah

Markas Tarbiyah Darul Hijrah Islamiyah (MTDHI), Pahang mempelawa anak-anak yatim di seluruh negara melanjutkan pengajian persekolahan mereka bagi tahun 2007 yang mana pendaftarannya dibuka mulai sekarang.Menurut tenaga pengajarnya, Ustaz Rashiq, MTDHI menyediakan tempat atau rumah kepada anak-anak yatim di samping pengajian dan pelajarannya dibiayai sepenuhnya oleh pihak MTDHI. "Setakat ini terdapat lapan anak yatim belajar di sini dan kami mempelawa serta bersedia menerima lebih ramai lagi anak-anak yatim yang berminat belajar di sini," katanya.Di samping itu katanya, MTDHI turut menerima pelajar lepasan sekolah rendah, lepasan PMR, SPM dan STAM yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. "Di sini pelajar menduduki peperiksaan PMR,SMA, SPM dan STAM. Dan dalam masa yang sama kami boleh membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di Universiti Al-Azhar, Mesir atau Global University di Lubnan," katanya dan menambah bahawa MTDHI menyediakan Kelas