Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

KASIH SAYANG IBUBAPA

Ibubapa adalah insan yang ; Melahirkan - Membesarkan - Mengasuh - Mendidik - Menyediakan keperluan semenjak kecil sehingga dewasa. Tanpa ibubapa kita tidak mungkin :- Hidup di dunia - Membesar dengan sihat - Menjadi manusia. Insan istimewa malah paling istimewa bagi setiap manusia, sanggup berkorban segala-galanya demi kebaikan dan keselamatan anak-anaknya. بروا اباءكم يُبِرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وعفوا تعف نساءكم Berbuat baiklah dan belas kasihan kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasih sayang oleh anak-anak kamu. Sejarah Rasulullah dan sahabat menceritakan kehebatan mereka yang menjaga ibubapa.

KEM IBADAH MTDHI 2011

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah di bawah anjuran Eksplorasi Ilmiah MTDHI akan menganjurkan KEM IBADAH REMAJA 2011 sebulan di Perkarangan Utama Ma'ahad. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah download borang yang telah disediakan. Atau terus hubungi pihak Pengurusan Kem Ibadah 2011. InsyaAllah program ini akan bermula pada 26 November sehingga 24 Disember 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk semua peringkat. Bersama kami di musim cuti persekolahan 2011

Berlalu Ramadhan Bersama Syawal

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan ehsan yang telah dianugerahkan Illahi kepada seluruh umat Islam yang menghayati perjalanan kehidupan hariannya. Latihan yang penuh dengan keimanan dan kecekalan di bulan Ramadhan baru-baru ini menjadi titik permulaan bagi umat Islam untuk melayari bahtera kehidupan dengan ISLAM. Keunikan dan keindahan ISLAM sepanjang berlalunya Ramadhan baru-baru akan menjadi titik tolak permulaan hidup sebagai hamba Allah yang benar-benar akur dengan segala arahan dan suruhanNya tanpa berdolak dalih. Ramadhan yang terkenal dengan bulan Latihan dan Tarbiah rohani dan jasmani telah meletakkan diri umat Islam untuk diperbaiki dan dielokkan lagi. Kekurangan dan kesalahan yang banyak terdapat sbelum ini telah berjaya dicuci dan dihapuskan sepanjang perjalanan Ramadhan Al Mubarak baru-baru ini. Peluang yang penuh keemasan ini tidak akan ditinggalkan bagi mereka yang benar-benar menghayati kehadhiran Ramadhan. Semoga kita tergolong diantaranya. Bulan Syawal pulak sebag