Suasana kehijauan di persekitaran ma'ahad melekakan pelajar baru untuk ingatkan keluarga mereka di rumah. Ketenangan di ma'ahad tidak akan tenang tanpa kehadiran suara Pengetua (Ummi) dan Guru Penolong Kanan (K.Teh) di pagi hari. Guru-guru bertungkuslumus menyediakan yang terbaik untuk semua pelajar. Mereka akan cuba melaksanakan tanggungjawab mendidik dna menjaga pelajar. Pengajian di ma'ahad sudahpun bermula. Jadual penuh telah mula berjalan. Selama sebulan pertama, pelajar akan diperkenalakan pengajian dwibahasa. Iaitu bahasa arab dan inggeris. Pastinya pendidikan al quran tidak akan dikesampingkan. Walaupun guru-guru ma'ahad tidaklah terlatih sepenuhnya, tetapi semangat mendidik anak bangsa dan merubahkan mereka menjadi lebih baik sudah cukup bagi pihak ma'ahad. Ma'ahad ini bukan sahaja mendidik pelajar, tetapi cuba sama mendidik jiwa dan perasaan semangat mendidik anak bangsa kepada semua guru. Guru akan mengikuti semua perjalanan pengajian di ma'ah
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat