Berlalulah sudah Ramadhan, kini Syawal menjelma. Pihak Ma'ahad tidak ketinggalan bersama-sama meraikannya di penghujung Syawal pada 29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012 hari Ahad. Juga meraikan penghuni Ma'ahad berhari raya enam. Alhamdulillah, kehadiran orang kampung dan ibubapa amat menggalakkan. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid yang penuh bersemangat oleh pelajar-pelajar Ma'ahad lelaki dan perempuan. Pelbagai juadah raya telah dihidangkan untuk tetamu. Antaranya satay kajang, mee kari, soto, nasi bukhari, nasi empit, kuih muih dan pelbagai jenis air minuman. Cuaca sepanjang majlis berlangsung adalah cerah secerah dan seceria pelajar-pelajar Ma'ahad. Mereka yang memasak dan mereka juga yang menyambut tetamu. Semoga segala usaha murni akan dibalas oleh Illahi dan diberkatiNya.
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat