Alhamdulillah 16 Julai 2017 pihak Ma'ahad telah mengadakan Majlis Raya 1438 bersama ahli keluarga Ma'ahad. Pihak Ma'ahad mengajak ibubapa dan penjaga berkongsi bersama menu pada hari tersebut. Antara juadah yang disediakan bersama, lemang, ketupat, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, lasagna, agar-agar, nasi tomato dengan ayam masak merah, nasi kerabu, laksa lemak, laksa penang kuih peneram, rojak buah, ketupat palas, air kelapa dan bubur kacang durian speacial MTDHI. Suasana meriah pada hari tersebut: Malam sebelum majlis raya tersebut, pihak Ma'ahad telah mengadakan barbeque bersama pelajar-pelajar.
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat