Skip to main content

Posts

Ramadhan Bersama Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ( Al-Baqarah 2:183 ) (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.( Al-Baqarah 2:184 ) Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT  RAMADHAN MUBARAK" kepada semua umat Islam. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan pen...
Recent posts

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 Ø§Ù„حمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KULIAH BULANAN JANUARI 2023

  Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) akan meneruskan pengajian bulanan yang terbuka kepada semua untk mengikutinya. Pengajian ini akan diadakan pada hari SABTU, 14 Januari 2023, SURAU MTDHI yang akan bermula seperti jadual berikut : 10.00 pagi : Majlis Salawat 10.30 pagi : Kuliah Bulanan yang bertajuk : AQIDATUL AWAM 12.15 thgr : Jamuan Tengahari Pihak Ma'ahad juga mengadakan Jualan Amal untuk kebajikan Ma'ahad. Kehadiran ibubapa dan orang ramai adalah dialu-alukan. 

MUSIM PERCUTIAN PERSEKOLAHAN

Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) belum terlambat untuk mengucapkan kepada semua peringkat  pelajar selamat bercuti.  Kehadiran cuti ini bukan beerti kita cuti dari segalanya, tetapi ianya satu tempoh yang perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh setiap keluarga untuk mengeratkan silaturrahim dan menanam serta menyemaikan kasih sayang berkeluarga, terutama pelajar-pelajar berasrama. Masa yang panjang ini juga, boleh melatih pelajar-pelajar membantu dan menghargai pengorbanan mereka yang tersayang. Kewajipan sebagai seorang muslim dan muslimah juga tidak diabaikan dengan terus menjaga batasan syarak bila bersama dengan keluarga yang lebih besar. Pihak Ma'ahad mengharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan suasana bercuti yang berfaedah dan berilmu. Jadikan diri kita sebagai contoh yang terbaik dikalangan mereka yang baik. Untuk ibubapa dan keluarga ang masih mencari tempat untuk anak-anak menimba ilmu, pihak Ma'ahad ada menyediakan ruangan tersebut. Pengajian...

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.