Skip to main content

MUSIM PERCUTIAN PERSEKOLAHAN

Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) belum terlambat untuk mengucapkan kepada semua peringkat  pelajar selamat bercuti. 
Kehadiran cuti ini bukan beerti kita cuti dari segalanya, tetapi ianya satu tempoh yang perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh setiap keluarga untuk mengeratkan silaturrahim dan menanam serta menyemaikan kasih sayang berkeluarga, terutama pelajar-pelajar berasrama.
Masa yang panjang ini juga, boleh melatih pelajar-pelajar membantu dan menghargai pengorbanan mereka yang tersayang.
Kewajipan sebagai seorang muslim dan muslimah juga tidak diabaikan dengan terus menjaga batasan syarak bila bersama dengan keluarga yang lebih besar.
Pihak Ma'ahad mengharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan suasana bercuti yang berfaedah dan berilmu. Jadikan diri kita sebagai contoh yang terbaik dikalangan mereka yang baik.

Untuk ibubapa dan keluarga ang masih mencari tempat untuk anak-anak menimba ilmu, pihak Ma'ahad ada menyediakan ruangan tersebut. Pengajian Agama serta Pengajian Tahfiz juga ada disediakan di Ma'ahad ini. Penekanan disiplin yang ketat dan pendedahan fardhu 'ain menjadi keutamaan di Ma'ahad ini. 
Berminat sila hubungi: 012 981 5057 atau emailkan ke mtdhigeneral@gmail.com
Ma'ahad memperkenalkan PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT untuk membuka ruang dan peluang kepada yang berminat.

 


 

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9