Pendaftaran sesi 2011 bermula 1 Januari masih dibuka hingga sekarang. Pada tahun ini, pihak MTDHI telah menerima bukan sahaja pelajar dari Semenanjung Malaysia tapi dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah bilangan pada tahun ini meningkat.Kesemua pelajar yang datang pada tahun ini bakal mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa. Suasana di MTDHI makin meriah dan riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar terutama ketika berwirid dan membaca Al Quran di musollah dan kelas. Semangat belajar dikalangan pelajar semakin meningkat. Agihan almari, katil, tilam, bantal, cadar dan sebahagian peralatan untuk pelajar masih diagihkan sehingga kini. Ada di antara pelajar yang menerima cepat dan lambat barang keperluan mereka. Pelajar yang masuk mendaftar di saat akhir terpaksa membeli tilam dan bantal sendiri, kerana hak ma'ahad dan yang diwakafkan telah habis diguna pakai. Suasana yang meriah ketika membeli barang di koperasi MTDHI tidak seperti sebelum ini. Keadaan di dewan makan untuk pelajar lela
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat