Skip to main content

PENDAFTARAN SESI 2011

Pendaftaran sesi 2011 bermula 1 Januari masih dibuka hingga sekarang.
Pada tahun ini, pihak MTDHI telah menerima bukan sahaja pelajar dari Semenanjung Malaysia tapi dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah bilangan pada tahun ini meningkat.Kesemua pelajar yang datang pada tahun ini bakal mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa.
Suasana di MTDHI makin meriah dan riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar terutama ketika berwirid dan membaca Al Quran di musollah dan kelas. Semangat belajar dikalangan pelajar semakin meningkat.
Agihan almari, katil, tilam, bantal, cadar dan sebahagian peralatan untuk pelajar masih diagihkan sehingga kini. Ada di antara pelajar yang menerima cepat dan lambat barang keperluan mereka. Pelajar yang masuk mendaftar di saat akhir terpaksa membeli tilam dan bantal sendiri, kerana hak ma'ahad dan yang diwakafkan telah habis diguna pakai.
Suasana yang meriah ketika membeli barang di koperasi MTDHI tidak seperti sebelum ini. Keadaan di dewan makan untuk pelajar lelaki dan perempuan juga penuh.Tetapi peraturan dan disiplin tetap ditekankan, bagi memastikan perjalanan jadual di ma'ahad teratur dan dapat diikuti dengan baik.
Perlantikan Ketua Pelajar lelaki dan perempuan serta pengawas yang lain telah dilantik melalui sistem mengundi calon yang ditetapkan oleh pihak ma'ahad.
Harapan besar pihak ma'ahad agar semua pengawas yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berdedikasi.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9