Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

PENGENALAN BAHASA AL QURAN

Hampir sebulan lebih pelajar-pelajar Ma'ahad menimba ilmu di MTDHI pada tahun 1433/2012. Peringkat awal ini pelajar didedahkan dengan pengenalan Al Quran, kursus Bahasa Al Quran dan Bahasa Inggeris. Pelajar yang masih belum mengenal Al Quran akan didedahkan teknik membaca iqra atau muqaddam Pelbagai teknik dan cara telah dicurahkan oleh semua tenaga pendidik dalam membentuk anak bangsa di ma'ahad ini. Usaha-usaha murni mereka amatlah dihargai. Semua tenaga pendidik ma'ahad ini akan berada bersama pelajar pada setiap waktu bagi mendidik anak bangsa cara peradaban dan akhlak yang mulia. Keihkhlasan pentadbiran, tenaga pengajar  dan pelajar amatlah dititik beratkan agar memastikan semua program dan jadual yang disusun berjalan seperti yang dirancangkan. Hujung bulan Februari baru-baru ini, pelajar telah menduduki ujian. Keputusan seperti yang dijangkakan, ada yang memperolehi keputusan yang baik dan ada yang sebaliknya. Keputusan peperiksaan di ma'ahad ini diambil kira