Hampir sebulan lebih pelajar-pelajar Ma'ahad menimba ilmu di MTDHI pada tahun 1433/2012. Peringkat awal ini pelajar didedahkan dengan pengenalan Al Quran, kursus Bahasa Al Quran dan Bahasa Inggeris. Pelajar yang masih belum mengenal Al Quran akan didedahkan teknik membaca iqra atau muqaddam
Pelbagai teknik dan cara telah dicurahkan oleh semua tenaga pendidik dalam membentuk anak bangsa di ma'ahad ini. Usaha-usaha murni mereka amatlah dihargai. Semua tenaga pendidik ma'ahad ini akan berada bersama pelajar pada setiap waktu bagi mendidik anak bangsa cara peradaban dan akhlak yang mulia.
Keihkhlasan pentadbiran, tenaga pengajar dan pelajar amatlah dititik beratkan agar memastikan semua program dan jadual yang disusun berjalan seperti yang dirancangkan.
Hujung bulan Februari baru-baru ini, pelajar telah menduduki ujian. Keputusan seperti yang dijangkakan, ada yang memperolehi keputusan yang baik dan ada yang sebaliknya. Keputusan peperiksaan di ma'ahad ini diambil kira juga melalui akhlak dan peradaban pelajar sepanjang di ma'ahad. Laporan disiplin amatlah diutamakan.
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari
Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat darjat Nabi A...
-
الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad.
-
Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak ma...
-
Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang b...
2 comments:
Assalamualaikum admin.
Saya dahulu pernah bertugas sebagai 'facilitator' kem di MTDHI skitar akhir 2008 tidak silap. Dan sempat berkenalan dengan pelajar2 MTDHI dan keluarga Ustzah Azizah pada ketika itu. Saya ingin bertanya tentang khabar dua orang adik beradik (Afiq dan Solehah) yang pernah menuntut di MTDHI ketika itu, dan keluarga mereka menetap di sekitar Temerloh (saya lupa exact location). Sekarang saya menuntut di perantaun dan telah terputus hubungan dengan Afiq. Saya sangat2 berharap jika dapat tahu keberadaan mereka, mungkin ustazah Azizah dan Kak Teh tahu. terima kasih http://amined.wordpress.com/
Walaikumsalam.... Tahniah dan syabas serta terima kasih kerana mengikuti perkembangan MTDHI. Alhamdulillah Solehah sudah tamat pengajiannya di Ma'ahad ini. Dia pernah bertugas di Ma'ahad. Atas sebab kesihatan ibunya dia terpaksa bertukar tempat bertugas dekat Lanchang, berdekatan dengan ibunya. Afiq pula telah menyambung pengajiannya di sekolah tahfiz di Lanchang juga. Sekarang ini ada adik mereka di MTDHI, Halimah dan Habibah.
MTDHI berharap agar tuan dapat menghubunginya. Terima kasih
Post a Comment