Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Senaman Satu Jam Sehari Tingkat Daya Ingatan

Melakukan senaman satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Saintis yang menyelidik mengenai ini, telah mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus. Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak. Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi lebih baik melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan mental sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapot The Telegraph. Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois Professor Art Kramer, ketua penyelidikan itu berkata penemuan mereka memberi kesan besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah. Katanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhad