Skip to main content

Senaman Satu Jam Sehari Tingkat Daya Ingatan

Melakukan senaman satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Saintis yang menyelidik mengenai ini, telah mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak.
Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi lebih baik melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan mental sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapot The Telegraph.
Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois Professor Art Kramer, ketua penyelidikan itu berkata penemuan mereka memberi kesan besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah.

Katanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhadapan dengan masalah hilang ingatan pada usia tua. "Amat menyedihkan faktor usia mengurangkan fungsi otak apabila kian berusia. Malah semakin ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Senaman boleh memberi kesan positif terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes, kita mendapati ia boleh meningkatkan kognitif, fungsi otak dan struktur otak. Kita mampu untuk melakukan banyak kerja neuroimaging bersama kajian terhadap orang dewasa dan menunjukkan bahawa rangkaian dan struktur otak juga berubah dengan senaman. Kanak-kanak yang melakukan senaman aerobik mempamerkan kawalan kognitif yang lebih baikberbanding kanak-kanak yang kurang bersenam." Kata Kramer.
Kajian disiarkan awal tahun ini oleh pasukan berkenaan menunjukkan hippocampus, bahagian otak terbabit dalam memori orang dewasa yang sering melakukan senaman lebih enam bulan meningkat sebnayak dua peratus, berkesan untuk mengurangkan penuaan otal selama satu hingga dua tahun.
Dalam kajian terbaru, beliau juga mendapati kanak-kanak cerdas lebih baik ketika melintas jalan apabila mereka diganggu muzik atau berbual di telefon bimbit berbanding mereka yang kurang bersenam.
Ruangkan masa kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Janganlah jadi hamba kepada dunia tapi jadilah hamba kepada Yang Maha Pencipta. Allah Ta'ala.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9