Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Bersama pelajar dari Universiti Malaysia Pahang

Pada 21 JamadilAkhir 1433 bersamaan 13 Mei 2012 mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian UMP dari Kelab IQRA yang telah datang untuk berkongsi ilmu dan beramah mesra bersama-sama pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI). Pelajar UMP telah samapai ke Ma'ahad sekitar pukul 8.45 pagi, awal 15 minit dari yang dijadual. Kehadiran mereka disambut mesra oleh pihak Ma'ahad. Mereka telah mengadakan program kemesraan bersama pelajar-pelajar Ma'ahad. dan selepas zohor, pihak Ma'ahad telah diminta untuk menyampaikan sedikit tazkirah serta peringatan bersama. Selepas asar, diadakan acara bergambar dan bersurai. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan baru-baru ini. Semoga dengan kehadiran pelajar dari UMP menyemarakkan semangat belajar di kalangan pelajar-pelajar MTDHI.

KASIH SAYANG IBUBAPA

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang maksudnya:  “ Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim Pengajaran hadis: i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu  a. tanggungjawab semasa mereka masih hidup   b. tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia. ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk: a. mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka,  b. menziarahi pusara mereka,  c. melaksanakan nazar mereka yang be

KEM IBADAH REMAJA MINGGUAN

Eksplorasi Ilmiah Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah (EIM) kembali bersama Kem Ibadah Remaja MTDHI bertemakan REMAJA MAGNET pada musim cuti pertengahan tahun pendidikan 2012. Program ini akan bermula pada 6 hingga 12 Rejab 1433 bersamaan  27 Mei (AHAD) hingga 2 Jun (SABTU) 2012. Penyertaan ini terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, lelaki dan perempuan. Bayaran untuk mengikuti program ini RM200.00. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Ma'ahad : 094855115 ( Pejabat)  - 0199119900 (Ummi-PENGETUA Ma'ahad)  - 0199899815 (Ustzah Hafizah-GPK Ma'ahad). Penyertaan adalah terhad. Keistimewaan kepada peserta terawal. Antara pengisiannya : - Pemantapan Aqidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - Pemurnian akhlak ( mencontohi akhlak Rasulullah) - Klinik Feqah ( Wudhuk - solat - dsbnya ) - Pengenalan Al Quran ( Tajwid - Bacaan - Hafazan surah pilihan - dsbnya )  Semoga percutian anda dan anak-anak anda dimanfaatkan dengan sebaiknya.

MEMERLUKAN TENAGA PENGAJAR

BismillahirRahmanirRahim Pihak MTDHI memerlukan beberapa orang tenaga pengajar dan tenaga pengajar tahfiz yang berminat untuk mendidik dan mentarbiah pelajar di ma'ahad ini. Untuk makluman umum, pihak MTDHI mencari orang yang betul-betul ingin mendidik anak bangsa dan seagama ke arah kebaikan. Pengajaran sepenuh masa, memerlukan banyak pengorbanan. Tenaga Pengajar diminta untuk mendidik pelajar sepenuh masa. Pelajar di MTDHI ini terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pendidikan. Ada antaranya anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan, anak-anak yatim, anak-anak miskin, anak-anak yang tidak ke sekolah sebelum ini dan pelbagai peringkat. Umur pelajar dari 8 hingga 17 tahun. Pada setiap musim cuti persekolhan, pihak Ma'ahad akan mengdakan KEM IBADAH REMAJA. Dan InsyaAllah pihak Ma'ahad juga akan mengadakan Kem Ibadah Dewasa, bergantung kepada sambutan peserta. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Ma'ahad di : 09-4855115 (pejabat), Ummi (Pengetua) 0199119900, Ust