Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang
maksudnya:
“ Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah
bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu
a. tanggungjawab semasa mereka masih hidup
b. tanggungjawab
selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk:
a. mendoakan
kesejahteraan ibu bapa mereka,
b. menziarahi pusara mereka,
c. melaksanakan nazar
mereka yang belum tertunai,
d. menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu
bapa,
e. mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu,
f. membaca
al-Quran
g. melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat
mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى , amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Firman Allah Ta'ala dalam surah Al Isra' 23 - 24 :
ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ
ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 17023
ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ
ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ
Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. 17024
Ayat di atas menerangkan kepada kita kepentingan menjaga kedua ibubapa kita.
Ramai masyarakat kini yang mula hilang pertimbangan untuk mengasihi dan menyayangi ibubapa. Sibuk dengan urusan dunia dan akhirat sehingga mengenepikan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Ramai anak-anak yang sudah bekerja dan berumahtangga, jarang sekali datang menjenguk apatah lagi bertanya khabar mereka. Handphone yang semakin canggih kekadang membuat anak-anak tidak mampu menekan nombor ibubapa mereka kerana kesibukan urusan dunia dan urusan akhirat mereka.
Ibubapa di rumah bukannya mengharapkan wang ringgit atau harta benda anak-anak, tapi yang diidamkan adalah belaian mesra dan kata-kata manis dari anak-anaknya dan tubuh badan anak-anaknya berada walau seketika di depan mereka.
Kembalilah ke pangkuan ibubapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Sayangilah mereka sementara mereka ada di hadapan kita. Jenguklah mereka selagi mereka masih bernyawa menantikan kepulangan kita.
Anak yang soleh hanyalah mereka yang dapat membahagiakan ibubapa ereka di muka bumi ini dan mendoakan mereka jika mereka sudah meninggalkan kita. Hargailah masa yang masih berbaki ini bersama-sama mereka dan membahagiakan mereka.
Comments