Skip to main content

Ramadhan Bulan Ibadah

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)
Mafhum dari surah Al Baqarah:

2:183




183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

2:184184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
2:185 
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Ramadhan adalah antara bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh manusia terutamanya golongan muslim. Ramadhan adalah bulan ibadah dan dalam bulan Ramadhanlah diturunkan Al Quran, sebagaimana dikisahka dalam ayat di atas:


Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. رواه مسلم
Dari Abu Hurairah رضى الله عنه, katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut huraian ulama' رحمه الله, bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Riwayat at-Tirmidzi)


Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”
(Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairahرضى الله عنه . katanya: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”(Imam Ahmad)

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda yang maksudnya:

”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
(Riwayat Bukhari & Muslim) 
Ruangan beribadah dan beramal cukup terbuka luas di bulan yang penuh dengan kerahmatanNya ini, maka rebutlah dan lakukan sebanyak mungkin untuk kita mengejar kerahmatan dan keberkatan dari Allah Ta'ala.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :