Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!...... Itulah antara laungan yang dilaungkan sepanjang bulan kemerdekaan. Bermula dari pemimpin hinggakan rakyat biasa. Pelajar-pelajar Ma'ahad bersama Pengetua tidak ketinggalan untuk meraikannya. Walaupun begitu, Pengetua Ma'ahad mengingatkan pelajar bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas dari belenggu penjajah pada kertas dan perjanjian. Biarlah ianya bebas dari belenggu gaya berfikir, bertindak dan melakukan. Jangan diikut budaya barat yang menyimpang tetapi kembalilah kepada budaya Islam yang sebenar. Jangan tersilap dengan budaya arab. Budaya arab tidak semuanya budaya Islam. Biarlah kita semua menjadi manusia Islam yang benar-benar menghargai keislaman kita dan menghayati keislaman yang sebenarnya. Kita mahu melahirkan generasi yang mampu berfikir diluar kotak sambil berpadukan ajaran dan petunjuk Islam. Bukannya mengikut mana-mana kelompok atau puak semata-mata, tetapi mengenal dan mengetahui kebaikan dan
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat