Skip to main content

Sambutan Hari Merdeka 57

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!......
Itulah antara laungan yang dilaungkan sepanjang bulan kemerdekaan. Bermula dari pemimpin hinggakan rakyat biasa. Pelajar-pelajar Ma'ahad bersama Pengetua tidak ketinggalan untuk meraikannya.
Walaupun begitu, Pengetua Ma'ahad mengingatkan pelajar bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas dari belenggu penjajah pada kertas dan perjanjian. Biarlah ianya bebas dari belenggu gaya berfikir, bertindak dan melakukan. Jangan diikut budaya barat yang menyimpang tetapi kembalilah kepada budaya Islam yang sebenar. Jangan tersilap dengan budaya arab. Budaya arab tidak semuanya budaya Islam. Biarlah kita semua menjadi manusia Islam yang benar-benar menghargai keislaman kita dan menghayati keislaman yang sebenarnya.
Kita mahu melahirkan generasi yang mampu berfikir diluar kotak sambil berpadukan ajaran dan petunjuk Islam. Bukannya mengikut mana-mana kelompok atau puak semata-mata, tetapi mengenal dan mengetahui kebaikan dan keburukan agar kita tidak terjebak didalam kerosakan malahan akan terus berada dalam kebaikan yang sebenar.
Merdeka dalam erti kata sebenar, bukanlah mereka yang bebas melakukan sesuatu perkara tidak kira baik atau buruk sesuatu perkara maka mereka bebas melakukannya. Tetapi merdeka adalah mereka yang bebas melakukan sesuatu perkara yang digaris pandukan oleh ajaran Islam. Mereka yang dibimbing ke arah kebaikan. Kerana Islam itu adalah fitrah.
Kita juga bukan melahirkan mereka yang melanggar peraturan negara tetapi melahirkan mereka yang bijak mengikut peraturan negara yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Menghayati dan memahami kehendak agama lebih diutamakan.

Islam bukan agama yang melampau tetapi Islam adalah agama yang mengajak kita melakukan kebaikan.
Kembalilah kepada Islam dalam menggariskan gaya hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9