Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

شهر رمضان المبارك

RAMADHAN AL MUBARAK Ramadhan datang bertemu dengan kita sekali lagi, الحمد لله . Pelajar-pelajar telah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Solat sunat Tarawikh akan menjadi aktiviti tetap di malam Ramadhan. Pelajar-pelajar Tahfiz akan dilatih bergilir-gilir untuk menjadi imam Tarawikh. Bulan Ramadhan adalah bulan barakah, bulan rezeki, bulan yang penuh dengan pahala bagi mereka yang melakukannya. Amalan sunat digandakan kepada pahala fardhu, manakala pahala fardhu dilipatkan kepada 70 pahala, ini hanya berlaku di bulan Ramadhan. Rebutlah ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan ibadat. Ramadhan adalah bulan yang melatihkan diri kita agar terus bersemangat dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ia bukannya bulan untuk kita bermalas-malasan dan bukanlah bulan untuk kita berehat. Rasulullah telah membuktikan bahawa di bulan yang mulia ini, Baginda sendiri dengan para sahabat telah turun ke medan peperangan pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Pepe