Skip to main content

شهر رمضان المبارك

RAMADHAN AL MUBARAK

Ramadhan datang bertemu dengan kita sekali lagi, الحمد لله .
Pelajar-pelajar telah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Solat sunat Tarawikh akan menjadi aktiviti tetap di malam Ramadhan. Pelajar-pelajar Tahfiz akan dilatih bergilir-gilir untuk menjadi imam Tarawikh.

Bulan Ramadhan adalah bulan barakah, bulan rezeki, bulan yang penuh dengan pahala bagi mereka yang melakukannya. Amalan sunat digandakan kepada pahala fardhu, manakala pahala fardhu dilipatkan kepada 70 pahala, ini hanya berlaku di bulan Ramadhan.
Rebutlah ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan ibadat.

Ramadhan adalah bulan yang melatihkan diri kita agar terus bersemangat dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ia bukannya bulan untuk kita bermalas-malasan dan bukanlah bulan untuk kita berehat.

Rasulullah telah membuktikan bahawa di bulan yang mulia ini, Baginda sendiri dengan para sahabat telah turun ke medan peperangan pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan yang terkenal ini adalah Perang Badar, yang telah menurunkan bala tentera muslim hanya 313 orang sahaja dengan berhadapan musuh kuffar Qurisy seramai 1,000 orang.

Rebutlah peluang yang ada sepanjang perjalanan Ramadhan Al Mubarak. Penuhinya dengan segala kebaikkan yang termampu kita lakukan. Gandakan amalan ibadat harian kita. Raihlah Rahmat Illahi sepanjang Ramadhan bersama kita.



Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9