Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

PENGAJIAN ONLINE DITERUSKAN

Hampir 2 bulan 22 hari ini rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam pelbagai peringkat. Sehinggakan yang terakhir adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah dikenakan terhadap rakyat Malaysia. Siapa pun yang mentadbir gerakan lockdown atau Kawalan Pergerakan ini akan dilaksanakan. Cuma cara menyampaikan arahan dan maklumat mungkin berbeza. PKP 1 : 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020 PKP 2 : 1 April 2020  - 14 April 2020 Ketika tempoh ini dilaksanakan berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) PKP 3 : 15 April 2020 - 28 April 2020 PKP 4 : 29 April 2020 - 12 Mei 2020 PKPB : 13 Mei 2020 - 9 Jun 2020 Apa pun kita bersyukur kerana wabak COVID-19 ini sudah mula membayangkan ke arah pemulihan yang memberangsangkan. Cuma mereka yang dari luar negara masih belum sepenuhnya memasuki negara dan keadaan persekitaran penempatan warga kerja asing ini yang masih meletakkan negara kita di bilangan yang tidak menentu. Sesekali ianya seperti menurun dan sesekali