Skip to main content

PENGAJIAN ONLINE DITERUSKAN

Hampir 2 bulan 22 hari ini rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam pelbagai peringkat. Sehinggakan yang terakhir adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah dikenakan terhadap rakyat Malaysia. Siapa pun yang mentadbir gerakan lockdown atau Kawalan Pergerakan ini akan dilaksanakan. Cuma cara menyampaikan arahan dan maklumat mungkin berbeza.
PKP 1 : 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020
PKP 2 : 1 April 2020  - 14 April 2020
Ketika tempoh ini dilaksanakan berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
PKP 3 : 15 April 2020 - 28 April 2020
PKP 4 : 29 April 2020 - 12 Mei 2020
PKPB : 13 Mei 2020 - 9 Jun 2020
Apa pun kita bersyukur kerana wabak COVID-19 ini sudah mula membayangkan ke arah pemulihan yang memberangsangkan. Cuma mereka yang dari luar negara masih belum sepenuhnya memasuki negara dan keadaan persekitaran penempatan warga kerja asing ini yang masih meletakkan negara kita di bilangan yang tidak menentu. Sesekali ianya seperti menurun dan sesekali ianya melonjak bilngan tersebut. Hari ini wabak ini semakin berkurangan dan julung kalinya ia tidak melibatkan warga tempatan.
Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan pada 7 Jun 2020, bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan bermulan 10 Jun 2020 sehingga 30 Ogos 2020. Pusat Pengajian dan Pendidikan akan dibuka peringkat berperingkat. Sehingga hari ini, pihak Ma'ahad belum mendapat mana-mana maklumat bilakah pusat pengajian Tahfiz dan sekolah-sekolah agama akan dibuka terutama yang melibatkan asrama.
Atas kesedaran inilah, maka pihak Ma'ahad telah mengorah langkah untuk menyediakan Pengajian Online buat pelajar-pelajar Ma'ahad. Kelas ini telah bermula sebelum Ramadhan lagi. Ianya akan diteruskan sehingga pihak yang berkewajipan memberi kebenaran kepada pihak Ma'ahad untuk membuka kemasukkan dan beroperasi pembelajaran seperti biasa.

Sebarang pertanyaan, terus ke talian :

-019 9119900 (UMMI)
-019 9899815 (KAK TEH)
-012 9815057 (MTDHI)

Atau emel dan layari laman kami :

mtdhi2011@gmail.com

https:// darul-hijrah.blogspot.com/



Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :