Thursday, April 21, 2022

AKHIR RAMADHAN

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah mengucapkan selamat meneruskan ibadat puasa 1443 dengan ikhlas hati kerana Allah. Penghujung Ramadhan yang penuh barakah ini menjadi rebutan setiap insan yang mendambarkan Lailatul Qadr. Ini berpadanan dengan sirah dan sejarah pengibadatan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  yang telah menghidupkan sepuluh (10) akhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarganya untuk sama-sama menjaya dan menghidupkan sepuluh akhir Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم  bersabda:

 مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengdirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870]

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata ketika memberi maksud “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan” adalah kita menghidupkan malam-malamnya(Ramadhan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadhan adalah dengan solat Tarawih. [Lihat: Fath al-Bari, 4/251] Mendirikan atau menghidupkan malam Ramadhan bukanlah satu perkara yang wajib tetapi ia merupakan sunnah yang dituntut.

Hadis Aisyah menunjukkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم menilai istimewa sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan  dibandingkan malam malam-malam sebelumnya. Keistimewaan itu ditunjukkan dengan berbagai ibadah yang khusus dilakukan beliau pada malam-malam tersebut.
 كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد فى العشر الأواخر مالايجتهد فى غيره 
Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم meningkatkan kesungguhan (ibadahnya) di sepuluh terakhir (bulan Ramadhan) yang tidak dilakukan pada hari-hari sebelumnya. 

Diantara ibadah yang dilakukan beliau adalah: 
Pertama: menghidupkan malam-malam Ramadhan. Dalam Shahih Muslim, Aisyah meriwayatkan:
 ماعلمته صلى الله عليه وسلم قام ليلة حتى الصباح 
Aku selalu menyaksikan Baginda beribadah selama Ramadhan hingga menjelang subuh.

Kedua: Rasulullah صلى الله عليه وسلم selalu membangunkan keluarganya untuk solat malam di malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan hadis Abi Dzar menggambarkan hal ini dengan jelas:
 قام بهم ليلة ثلاث وعشرين وخمس وعشرين ذكر أنه دعا أهله ونساءه ليلة سبع وعشرين خاصة، 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersama keluarganya bangun (untuk beribadah) pada malam 23, 25, 27. Khususnya pada malam 29. Satu riwayat Rasulullah صلى الله عليه وسلم  pernah membangunkan Fatimah dan Ali di malam hari itu dan berkata “Jom bangun dan solat”

Ma'ahad mengajak seluruh umat Islam agar merebut ruang dan peluang untuk beribadat dengan sebaiknya di penghujung Ramadhan ini. Lakukan yang terbaik, seolah-olah Ramadhan ini merypakan yang terakhir buat kita. Apapun kita akan terus mendoakan agar Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir kita kecapi dan berpeluang seterusnya untuk tahun-tahun yang akan datang

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...