Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

PENGISIAN DI MUSIM CUTI PANJANG PERSEKOLAHAN 2009

Program ini terbuka kepada pelajar yang berumur 8 - 17 tahun yang berminat. Sesiapa yang berminat, boleh terus menghubungi kami ditalian yang tertera atau emailkan. Semoga percutian kita dan anak-anak dapat dimanfaatkan bersama.

AMALAN DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Ruangan amalan di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sedikit bantuan untuk kami membangunkan dewan makan terbuka anak yatim & miskin MTDHI. Sekarang ini dalam proses menyiapkan bangunan tersebut. Moga dengan sumbangan yang ikhlas dari semua akan dapat meringankan bebanan pihak MTDHI untuk menyelenggarakan persiapan dewan tersebut.

14 RAMADHAN 1430 PENGETUA BERSAMA DE' CLASSIC LIFE

Salam... Setelah hampir separuh bulan kita sama-sama melalui bulan yang mulia ini, alhamdulillah Allah Ta'ala masih memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya. Anak-anak yatim & miskin di Ma'ahad ini dapat menyempurnakan ibadat ini dengan senang hati dan penuh keimanan. Alhamdulillah pada 14 Ramadhan 1430 bersamaan 4 September 2009, Pengetua Ma'ahad (Ustazah Azizah) telah diundang ke satu majlis di Hotel Legend Kuala Lumpur anjuran De' Classic Life (DCL) untuk menerima sumbangan untuk Ma'ahad. Alhamdulillah, kami semua bersyukur dan berterima kasih di atas kesudian dan prihatin sebahagian dari rakyat kita di Malaysia ini yang sama-sama membantu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Pihak Pengetua telah menerima sumbangan tersebut dari Yayasan DCL yang disampaikan oleh Raja Perempuan Perlis. Warga Ma'ahad ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas undangan dan bantuan yang telah dihulurkan, moga seluruh warga DCL akan diperm

SUASANA BERBUKA PUASA

Pihak Pengurusan MTDHI pada kali ini cuba mengasuh anak-anak yatim & miskin MTDHI cara berbuka. Selepas azan maghrib, tanda waktu berbuka sudah masuk seorang wakil pelajar akan membacakan doa berbuka dan makan serta disusuli dengan azan maghrib yang dikumandangkan oleh wakil pelajar MTDHI. Semua anak-anak yatim & miskin MTDHI berbuka puasa dengan 2-3 biji kurma dan 1-2 gelas air kosong. Selepas itu anak-anak yatim & miskin MTDHI akan menunaikan solat maghrib dan hajat secara berjamaah. Setelah selesai mereka akan ke dewan makan untuk makan malam berjamaah. Kemudian anak-anak yatim & miskin MTDHI akan menunggu waktu isyak, setelah 15 minit azan isyak berkumandang barulah mereka semua menunaikan solat isyak. tarawih & witir dengan berjamaah. Kekadang kuliah ringkas akan diberikan antara solat tarikh dan witir, sesekali diadakan selepas selesai solat witir. Setelah selesai solat anak-anak yatim & miskin MTDHI akan dijamukan dengan sedikit jamuan ringkas sekadar mem