Skip to main content

SUASANA BERBUKA PUASA





Pihak Pengurusan MTDHI pada kali ini cuba mengasuh anak-anak yatim & miskin MTDHI cara berbuka.
Selepas azan maghrib, tanda waktu berbuka sudah masuk seorang wakil pelajar akan membacakan doa berbuka dan makan serta disusuli dengan azan maghrib yang dikumandangkan oleh wakil pelajar MTDHI.
Semua anak-anak yatim & miskin MTDHI berbuka puasa dengan 2-3 biji kurma dan 1-2 gelas air kosong.
Selepas itu anak-anak yatim & miskin MTDHI akan menunaikan solat maghrib dan hajat secara berjamaah.
Setelah selesai mereka akan ke dewan makan untuk makan malam berjamaah.
Kemudian anak-anak yatim & miskin MTDHI akan menunggu waktu isyak, setelah 15 minit azan isyak berkumandang barulah mereka semua menunaikan solat isyak. tarawih & witir dengan berjamaah.
Kekadang kuliah ringkas akan diberikan antara solat tarikh dan witir, sesekali diadakan selepas selesai solat witir.
Setelah selesai solat anak-anak yatim & miskin MTDHI akan dijamukan dengan sedikit jamuan ringkas sekadar membasah tekak.
Itulah serba sedikit suasana anak-anak yatim & miskin MTDHI berbuka puasa.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9