Sunday, September 6, 2009

14 RAMADHAN 1430 PENGETUA BERSAMA DE' CLASSIC LIFE


Salam...
Setelah hampir separuh bulan kita sama-sama melalui bulan yang mulia ini, alhamdulillah Allah Ta'ala masih memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya.
Anak-anak yatim & miskin di Ma'ahad ini dapat menyempurnakan ibadat ini dengan senang hati dan penuh keimanan.
Alhamdulillah pada 14 Ramadhan 1430 bersamaan 4 September 2009, Pengetua Ma'ahad (Ustazah Azizah) telah diundang ke satu majlis di Hotel Legend Kuala Lumpur anjuran De' Classic Life (DCL) untuk menerima sumbangan untuk Ma'ahad. Alhamdulillah, kami semua bersyukur dan berterima kasih di atas kesudian dan prihatin sebahagian dari rakyat kita di Malaysia ini yang sama-sama membantu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Pihak Pengetua telah menerima sumbangan tersebut dari Yayasan DCL yang disampaikan oleh Raja Perempuan Perlis.
Warga Ma'ahad ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas undangan dan bantuan yang telah dihulurkan, moga seluruh warga DCL akan dipermudahkan Allah segala urusan dan diterima sebagai amalan jariah.

3 comments:

Cantiknyapurple said...

AlhamduliLLAH...dapat sumbangan dari syarikat gergasi MLM..
Tahniah...Happy tengok berita ni..

darul-hijrah said...

Tarime kasih...
Moga sumbangan ini akan dapat mengembirakan mereka yang memerlukannya

Fadhlina said...

Tahniah juga =)

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...