Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Hari Keluarga Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah Meriah

Pada 26 Rejab 1433 bersamaan 16 Jun 2012 hari Sabtu denganizin Allah pihak Ma'ahad telah dapat menjayakan Hari Keluarga MTDHI 2012 dengan jayanya. Kehadiran ibubapa dan penjaga bermula dari pukul 8.00 pagi lagi. Meja pendaftaran yang dikendalikan oleh pelajar perempuan, Noraini di bawah penyeliaan Ustazah Mariani sibuk.   Suasana awal pendaftaran di perkarangan padang perhimpunan Ma'ahad. Ada di antara ibubapa yang telah datang awal dan menginap di HomeStay Ma'ahad. HomeStay ini berhampiran dengan bangunan Musolla Ma'ahad. Ia mempunyai 8 bilik. Terdapat 1 bilik suite, 2 bilik deluxe (besar) dan 5 bilik superior (sederhana). Dan satu buah rumah Ma'ahad. Kepada sesiapa yang berminat untuk tempahan, bolehlah menghubungi terus pihak Pengurusan Ma'ahad 09 4855115 / 012 9815057. Bermula 9.30 pagi, ibubapa atau penjaga berpeluang berjumpa dengan tenaga pengajar Ma'ahad untuk mendapatkan maklumat anak-anak mereka. Suasana sungguh meriah.    

Rejab, Sya'aban dan Ramadhan

Kehadiran bulan Rejab, penantian bulan Sya'aban dan kerinduan pada bulan Ramadhan sudah mula menggamit setiap umat Islam yang mencintai pegangan Islam yang benar. Ma'ahad juga merasai kehadiran bulan-bulan. Antara lain, aktiviti ibadah yang disarankan oleh Baginda adalah amalan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Sya'aban dan berpuasa wajib di bulan Ramadhan adalah menjadi aktiviti rutin warga Ma'ahad. Semoga dengan amalan yang tulus ikhlas kerana Allah ini akan dapat membantu setiap generasi di Ma'ahad ini ke arah kebaikan yang sebenar-benarnya. Perubahan akhlak ke arah kebaikan yang didambarkan oleh setiap insan dan perubahan yang baik juga diharapkan oleh setiap ibubapa / penjaga warga pelajar Ma'ahad, insyaAllah sedikit sebanyak dapat dilakukan berkat amalan berpuasa ini. Semoga usaha ini dapat mempercepatkan pembetulan akhlak anak-anak di Ma'ahad. layari : http://darelqalam1.wordpress.com untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pandangan

HARI KELUARGA MTDHI

Pihak Ma'ahad teah memilih 26 Rejab 1433 bersamaan 16 Jun 2012 untuk mengadakan pertemuaan terbuka kepada seluruh ibubapa pelajar. Tarikh ini dipilih bersempenaan dengan kehadiran peristiwa besar Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 (tarikh ini mengikut setengah pendapat ulamak) ini. Semoga anjakan dan kisah yang terdapat di dalam peristiwa tersebut dapat merubah anak-anak didik Ma'ahad ke arah kebaikan dan kesedaran yang tinggi untuk bangkit sebagai anak jati Islam yang sebenar. Antara pengisian yang bakal dimuatkan sepanjang sehari bersama warga Ma'ahad adalah seperti berikut : - Laporan Pendidikan anak-anak Ma'ahad - Ucapan Nasihat dari Pengetua Ma'ahad - Pengisian Agama oleh Penceramah Undangan (dari warga Ma'ahad) - Aktiviti Mesra Alam Program yang telah disusun atur ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibubapa atau penjaga dengan anak-anak juga hubungan dengan pihak Ma'ahad.