Pada 26 Rejab 1433 bersamaan 16 Jun 2012 hari Sabtu denganizin Allah pihak Ma'ahad telah dapat menjayakan Hari Keluarga MTDHI 2012 dengan jayanya. Kehadiran ibubapa dan penjaga bermula dari pukul 8.00 pagi lagi. Meja pendaftaran yang dikendalikan oleh pelajar perempuan, Noraini di bawah penyeliaan Ustazah Mariani sibuk.
Ada di antara ibubapa yang telah datang awal dan menginap di HomeStay Ma'ahad. HomeStay ini berhampiran dengan bangunan Musolla Ma'ahad. Ia mempunyai 8 bilik. Terdapat 1 bilik suite, 2 bilik deluxe (besar) dan 5 bilik superior (sederhana). Dan satu buah rumah Ma'ahad. Kepada sesiapa yang berminat untuk tempahan, bolehlah menghubungi terus pihak Pengurusan Ma'ahad 09 4855115 / 012 9815057.
Bermula 9.30 pagi, ibubapa atau penjaga berpeluang berjumpa dengan tenaga pengajar Ma'ahad untuk mendapatkan maklumat anak-anak mereka. Suasana sungguh meriah.
Pada pukul 11.00 pagi majlis diserikan dengan bacaan Al Quran oleh Adik Muhamad Halifa bin Mukhlis. Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kawat dan marhaban oleh pengawas-pengawas Ma'ahad.
Ibubapa atau penjaga berpeluang menikmati makanan tengahari di warung MTDHI. Alhamdulillah jualan anak-anak Ma'ahad mendapat sambutan yang diluar jangka.Warung ini telah diselaraskan oleh Ustazah Salwa.
Ma'ahad juga menyediakan jualan bandle yang diselenggarakan oleh Ustazah Husna.
Pada pukul 3.00 petang Ma'ahad telah menyediakan pendidikan rohani kepada tetamu yang hadir. Pengisian tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi dengan tajuk Pendedahan Israk dan Mikraj Mengikut Kacamata Ahli Sunnah wal Jamaah.
Sebelum penutup, ibubapa atau penjaga dan anak-anak Ma'ahad berpeluang mengikuti riadhah ringan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Hari Keluarga diakhiri dengan memilih keluarga Tuan Haji Ishak sebagai keluarga pilihan.
Semoga kita bertemu dipertemuan yang akan datang. Terima kasih kepada semua warga Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah yang telah bertungkuslumus menjayakan program ini.
Suasana awal pendaftaran di perkarangan padang perhimpunan Ma'ahad.

Comments