Thursday, June 14, 2012

HARI KELUARGA MTDHI

Pihak Ma'ahad teah memilih 26 Rejab 1433 bersamaan 16 Jun 2012 untuk mengadakan pertemuaan terbuka kepada seluruh ibubapa pelajar. Tarikh ini dipilih bersempenaan dengan kehadiran peristiwa besar Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 (tarikh ini mengikut setengah pendapat ulamak) ini. Semoga anjakan dan kisah yang terdapat di dalam peristiwa tersebut dapat merubah anak-anak didik Ma'ahad ke arah kebaikan dan kesedaran yang tinggi untuk bangkit sebagai anak jati Islam yang sebenar.
Antara pengisian yang bakal dimuatkan sepanjang sehari bersama warga Ma'ahad adalah seperti berikut :
- Laporan Pendidikan anak-anak Ma'ahad
- Ucapan Nasihat dari Pengetua Ma'ahad
- Pengisian Agama oleh Penceramah Undangan (dari warga Ma'ahad)
- Aktiviti Mesra Alam






Program yang telah disusun atur ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibubapa atau penjaga dengan anak-anak juga hubungan dengan pihak Ma'ahad.

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...