Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Pengertian Korban

Selamat menyambut AidulAdha Al Mubarak dari warga Ma'ahad. Tahun ini pihak Ma'ahad telah menerima sumbangan binatang untuk dikorbankan di Ma'ahad dengan 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing, alhamdulillah. Ada sesetengah dari keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad untuk meraikan hari raya korban dengan penuh meriah. Ma'ahad ini ada menyediakan 'roomstay' untuk keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad dengan kadar harga yang berpatutan. Ada di antara 'roomstay' yang berkipas dan ada juga yang berhawa dingin. Dan ada juga yang jenis 'suite roomstay'. Semuanya adalah salah satu dari cara pihak Ma'ahad mengumpul dana. Mengenap sambil menderma, inilah slogan 'roomstay' Ma'ahad. Semasa aktiviti korban, salah seorang ayah kepada pelajar Ma'ahad adalah salah seorang penyembelih korban di Ma'ahad. Beliau telah menyumbangkan tenaganya semenjak aktiviti korban tahun lepas lagi. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih atas sum

Aktiviti Korban Sempena Aidil Adha 1434

Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) akan mengadakan Korban Perdana yang akan diadakan di Perkarangan MTDHI. In sya Allah dua ekor lembu akan dikorbankan hasil sumbangan dari ibubapa pelajar dan sanak saudara Pengetua. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih. Tahun ini sekali lagi pihak Ma'ahad akan mengadakan solat hari raya AidulAdha di perkarangan Ma'ahad seperti tahun sebelum ini. Ini adalah suasana hari raya aiduladha tahun 1433 di perkarangan Ma'ahad yang diimamkan oleh Ustaz Haji Ahmad Hafiz Mohd Alwi serta khatib pada hari tersebut adalah Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi. Untuk mengingati peristiwa haji terakhir Baginda Rasulullah bersama umatnya, dipaparkan antara isikandungan khutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Antara isikandungan khutbah wada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika menunaikan haji wada' : Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriyah di Lembah Uranah,

KEM IBADAH REMAJA 1434/35-2013

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan ke Kem Ibadah Remaja(KIR) anjuran: Eksplorasi Ilmiah, Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI). Kepada ibubapa yang ingin memenuhi percutian persekolahan anak-anak mereka dengan ilmu, bolehlah mendaftarkan anak-anak ke KIR di Ma'ahad ini. Antara pengisian dalam program ini adalah: 1. Pemantapan Aqidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 2. Pemurnian akhlak ( mencontohi akhlak Rasulullah ) 3. Klinik Feqah ( Wudhuk - solat - dsbnya ) 4. Pengenalan Al Quran ( Tajwid - Bacaan - Hafazan surah pilihan – dsbnya ) KIR ini tidak menjaminkan keselesaan, tetapi apa yang utama adalah ingin mendedahkan kepada remaja pentingnya pendidikan agama dalam kehidupan dan pentingnya berbakti kepada bumi. Aktivit riadhah bukannya menjadi keutamaan dan kemestian dalam program ini, tetapi ianya tidak diketepikan langsung. Aktiviti menjaga alam sekitar, menjaga kebersihan diri dan berdisiplin dengan masa serta memenuhi ruang masa dengan