Skip to main content

Pengertian Korban

Selamat menyambut AidulAdha Al Mubarak dari warga Ma'ahad. Tahun ini pihak Ma'ahad telah menerima sumbangan binatang untuk dikorbankan di Ma'ahad dengan 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing, alhamdulillah.
Ada sesetengah dari keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad untuk meraikan hari raya korban dengan penuh meriah. Ma'ahad ini ada menyediakan 'roomstay' untuk keluarga pelajar bermalam di Ma'ahad dengan kadar harga yang berpatutan. Ada di antara 'roomstay' yang berkipas dan ada juga yang berhawa dingin. Dan ada juga yang jenis 'suite roomstay'. Semuanya adalah salah satu dari cara pihak Ma'ahad mengumpul dana. Mengenap sambil menderma, inilah slogan 'roomstay' Ma'ahad.
Semasa aktiviti korban, salah seorang ayah kepada pelajar Ma'ahad adalah salah seorang penyembelih korban di Ma'ahad. Beliau telah menyumbangkan tenaganya semenjak aktiviti korban tahun lepas lagi. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan tenaga dan masa untuk menyelenggarakan sembelihan pada hari raya pertama di Ma'ahad.
Bacaan khutbah dan solat hari raya aidhul adha telah dibaca dan diimamkan oleh Ustaz Haji Ahmad Hafiz Haji Mohd Alwi.
Sementara pelajar-pelajar Ma'ahad menyambut perayaan hari raya Aidhul Adha di perkarangan Ma'ahad, kami juga tidak melupakan rakan-rakan/pelajar-pelajar Ma'ahad yang telah dihantar menyambung pengajian mereka di Mesir baru-baru ini menyambut perayaan di sana untuk pertama kali. Untuk tahun ini mereka telah ditemani oleh Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang turut berada di sana semasa menghantar mereka dan  tugasan Ma'ahad.
Ucapan dari warga Ma'ahad, Selamat Menyambut Hari Raya Aidhul Adha di perantauan dan tyeruskan usaha untuk menamatkan pengajian di sana.
Gambar di bawah adalah gambar Ustaz Mohd Rasyiq bersamapelajar Ma'ahad di kawasan kubur Imam Besar Imam As Syafie رحمه الله.





Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9