Skip to main content

KEM IBADAH REMAJA 1434/35-2013

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan ke Kem Ibadah Remaja(KIR) anjuran: Eksplorasi Ilmiah, Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI). Kepada ibubapa yang ingin memenuhi percutian persekolahan anak-anak mereka dengan ilmu, bolehlah mendaftarkan anak-anak ke KIR di Ma'ahad ini.
Antara pengisian dalam program ini adalah:
1. Pemantapan Aqidah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
2.Pemurnian akhlak (mencontohi akhlak Rasulullah)
3.Klinik Feqah (Wudhuk - solat - dsbnya)
4.Pengenalan Al Quran (Tajwid - Bacaan - Hafazan surah pilihandsbnya)

KIR ini tidak menjaminkan keselesaan, tetapi apa yang utama adalah ingin mendedahkan kepada remaja pentingnya pendidikan agama dalam kehidupan dan pentingnya berbakti kepada bumi. Aktivit riadhah bukannya menjadi keutamaan dan kemestian dalam program ini, tetapi ianya tidak diketepikan langsung.
Aktiviti menjaga alam sekitar, menjaga kebersihan diri dan berdisiplin dengan masa serta memenuhi ruang masa dengan aktiviti yang berfaedah menjadi keutamaan.
Peserta program dikehendaki membawa bersama:
1. Peralatan mandi (sabun mandi dan basuh, berus dan ubat gigi, baldi dan cebuk dsgnya)
2. Pakaian harian, adalah bebas dan menutup aurat (TIDAK DIBENARKAN pakaian jenis jeans, t-shirt bergambar dan bewarna hitam)
3. Pakaian tidur (keutamaan peserta wanita memakain seluar panjang)
4. Pakaian riadhah.
5. Kelengkapan belajar (seperti alat tulis, al quran/ iqra, buku catatan, mathurat dan manzil)
6. Peralatan tidur (seperti: bantal, sarung tilam dan bantal, selimut)

Barang larangan sepanjang program diadakan, antaranya:
1. Handphone
2. Radio, tv, peralatan memasak dan memanas
3. Peralatan yang tajam
4. Alat-alat permainan

Kemasukan terbuka kepada yang berminat, berumur 9 hingga 18 tahun. Kem ini akan bermula: 17 November 2013 hingga 15 Disember 2013. Kepada yang berminat, sila hubungi: 09 4855115 (Pejabat), 0129815057 (Pejabat), 0199119900(Ummi/Pengetua MTDHI), 0192713781 (Ustaz Rasyiq) dan 0199899815(Ustazah Hafizah/K.Teh). Atau emelkan permohonan ke: mt_dh@yahoo.com.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9