Suasana pembelajaran di Ma'ahad berjalan seperti yang dijadualkan. Pelajar-pelajar berterusan dalam suasana menghafaz dan membaca Al Quran. Pembelajaran ilmu ketauhidan, Fekah, Sirah Nabawi, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Tulisan Jawi dan sebagainya telah mula memenuhi jadual pembelajaran di Ma'ahad. Pelbagai karenah dan ragam penerimaan pelajar. Ada diantaranya yang boleh menulis, membaca dan menghafaz dengan baik. Tidak ketinggalan juga ada dikalangan mereka yang sedikit lemah dan memerlukan penumpuan mereka yang lebih utnuk terus memajukan diri dalam pendidikan ini. Suasana yang cukup seronok diperingkat ini, kerana tiada waktu yang terindah dalam melayari kehidupan seorang pelajar melainkan ketika mereka sedang menimba ilmu. Cabaran untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pendidikan dengan lebih serius ini adalah sedikit mencabar. oleh itu, harapan dan doa serta iringan solat hajat dari ibubapa atau penjaga mereka adalah diperlukan. Pihak Ma'
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat