Skip to main content

Kesabaran Menghadapi Pendidikan di MTDHI

Suasana pembelajaran di Ma'ahad berjalan seperti yang dijadualkan. Pelajar-pelajar berterusan dalam suasana menghafaz dan membaca Al Quran. Pembelajaran ilmu ketauhidan, Fekah, Sirah Nabawi, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Tulisan Jawi dan sebagainya telah mula memenuhi jadual pembelajaran di Ma'ahad. Pelbagai karenah dan ragam penerimaan pelajar. Ada diantaranya yang boleh menulis, membaca dan menghafaz dengan baik. Tidak ketinggalan juga ada dikalangan mereka yang sedikit lemah dan memerlukan penumpuan mereka yang lebih utnuk terus memajukan diri dalam pendidikan ini.
Suasana yang cukup seronok diperingkat ini, kerana tiada waktu yang terindah dalam melayari kehidupan seorang pelajar melainkan ketika mereka sedang menimba ilmu. Cabaran untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pendidikan dengan lebih serius ini adalah sedikit mencabar. oleh itu, harapan dan doa serta iringan solat hajat dari ibubapa atau penjaga mereka adalah diperlukan. Pihak Ma'ahad berusaha menanamkan minat belajar yang bersungguh-sungguh kepada pelajar tetapi yang menggerakkan minat dan semangat mereka adalah dari Allah. Sebab itulah setiap malam pihak Ma'ahad akan mengadakan solat sunat hajat, memohon kepada Allah agar membukakan pintu hati mereka untuk mudah dan senang menerima pembelajaran dan pendidikan yang telah disediakan oleh pihak Ma'ahad.
Baru-baru ini pihak Ma'ahad telah menerima tawaran kursus dari Kolej Komuniti Bera, Bahagaian Akuakultur untuk mengadakan kursus-kursus kepada pelajar. Mereka menyediakan pelbagai jenis kursus. Ada diantaranya diadakan di Ma'ahad dan ada diantaranya dibuat di kolej. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan terima kasih, semoga usaha kerjasama ini dapat diteruskkan demi kebaikan anak-anak bangsa. Pelajar-pelajar juga telah menyambut baik kursus yang telah disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Bera ini dengan berlapang dada.
TEMPAT BELAJAR:
Untuk makluman semua, bangunan yang telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Pahang pada tahun 1994 kini sedang dalam proses membaikpulih. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di beberapa tempat di sekitar Ma'ahad untuk belajar. Antaranya depan rumah Pengetua sendiri telah dibukakan kelas hafazan, musolla juga dijadikan tempat belajar, dewan makan pun dijadikan tempat menimba ilmu seterusnya kawasan rehat rumah Pengetua juga dijadikan tempat belajar. Begitulah suasana kini keadaan pelajar-pelajar yang terpaksa menumpnang di luar kerana baikpulih masih belum siap.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang tenaga, kewangan, bahan-bahan bangunan dan kelengkapan bilik kelas adalah dialu-alukan dan boleh terus menghubungi pihak Ma'ahad untuk sebarang jenis bantuan.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :