Skip to main content

Alhamdulillah.. Pertandingan Selesai

Rombongan ke pertandingan hafazan Al Quran dan Hadis bertolak dari perkarangan Ma'ahad sekitar pukul 10.20 malam hari Rabu, 3 Jamadil Awal 1435 bersamaan 5 Mac 2014 dengan menaiki kenderaan PERKIM. rombongan ini diiringi oleh Ustazah Hafizah (GPK1). Rombongan ini disertai oleh 5 orang hafazan Al Quran dan seorang hafaz Hadis.
Rombongan ini selamat sampai di tempat penginapan yang telah disediakan di Fast Hotel di kawasan Taman Danau Kota, Setapak pada sekitar12.30 malam.
Rombongan telah mengikuti pertandingan seperti yang telah dijadualkan. Keputusan pertandingan akan dimaklumkan kemudian. Didoakan agar semua wakil Ma'ahad akan dapat meraih kemenangan, in sya Allah

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9