Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Pendekatan Fardhu 'Ain dan Bacaan Al Quran

Suasana riuh rendah kedengaran di waktu pagi di perkarangan ilmu Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah. Pelajar-pelajar bertungkus lumus untuk memastikan mereka mampu mengkhatamkan seberapa banyak Al Quran dalam tempoh "Semaian Fardhu'Ain dan Bacaan Al Quran" . Tempoh pendidikan 2 bulan ini, pihak Ma'ahad bersama kakitangan Ma'ahad berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar-pelajar mampu membawa sistem ini dengan baik. Ramai yang mencadangkan kepelbagaian bentuk pendekatan pendidikan untuk pelajar-pelajar kini. Tapi MTDHI mempunyai prinsip dan kaedah tersendiri untuk membentuk kepribadian pelajar mengikut acuan Ahli Sunnah wal Jamaah. Ma'ahad telah menerima kemasukkan pelajar-pelajar pada tahun ini dengan prasyarat yang sedikit ketat, iaitu pelajar mempunyai semangat belajar yang tinggi dan kesungguhan ibubapa atau penjaga pelajar untuk membenarkan pihak Ma'ahad mendidik mereka. Jadual harian yang sedikit padat dan penuh adalah untuk mendisip

Selamat Datang Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah

8 Rabiul Akhir 1438/7 hb Januari 2017 hari Sabtu dan 9 Rabiul Akhir 1438/8 Januari 2017 adalah tarikh yang telah dipilih oleh pihak pentadbiran Ma'ahad untuk pendaftaran. Alhamduillah, kehadiran pelajar 2016 kembali ke Ma'ahad masih ramai, meskipun tidak ketinggalan mereka yang telah dipilih Allah untuk tidak bersama dengan pihak Ma'ahad juga ada dengan bilangan yang sedikit. Semoga kehadiran pelajar-pelajar 2016 ke Ma'ahad pada tahun ini adalah dengan semangat kuat untuk meneruskan pengajian dan bersedia untuk terus dibimbing dan ditegur sekiranya masih terdapat kesalahan yang masih dilakukan. Ahad, 9 Rabiul Akhir 1438 menyambut kehadiran ibubapa dan anak-anak baru ke Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah. Kehadiran yang diluar jangkaan untuk masuk mendaftar adalah menggalakkan. 8.30 pagi ibubapa dan pelajar 2017 sudah mula memenuhi ruangan musollah Ma'ahad. 10.00-12.00 tengahari meja pendaftran bermula. Suasana ceria menyelubungi meja pendaftrana. Sete