Skip to main content

Pendekatan Fardhu 'Ain dan Bacaan Al Quran

Suasana riuh rendah kedengaran di waktu pagi di perkarangan ilmu Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah. Pelajar-pelajar bertungkus lumus untuk memastikan mereka mampu mengkhatamkan seberapa banyak Al Quran dalam tempoh "Semaian Fardhu'Ain dan Bacaan Al Quran".
Tempoh pendidikan 2 bulan ini, pihak Ma'ahad bersama kakitangan Ma'ahad berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar-pelajar mampu membawa sistem ini dengan baik.
Ramai yang mencadangkan kepelbagaian bentuk pendekatan pendidikan untuk pelajar-pelajar kini. Tapi MTDHI mempunyai prinsip dan kaedah tersendiri untuk membentuk kepribadian pelajar mengikut acuan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ma'ahad telah menerima kemasukkan pelajar-pelajar pada tahun ini dengan prasyarat yang sedikit ketat, iaitu pelajar mempunyai semangat belajar yang tinggi dan kesungguhan ibubapa atau penjaga pelajar untuk membenarkan pihak Ma'ahad mendidik mereka. Jadual harian yang sedikit padat dan penuh adalah untuk mendisiplinkan pelajar agar belajar menghormati waktu.
Sistem qailullah yang pernah dilakukan di Ma'ahad ini telah menjadi jadual tetap agar pelajar boleh bangun lebih awal di waktu tahajjud.

Pada tahun ini pihak Ma'ahad telah bersetuju bersama ibubapa dan penjaga agar dapat berhubung dengan anak-anak mereka pada awal tahun ini selepas program Semaian Fardhu 'Ain dan Bacaan Al Quran. Alhamdulillah, hingga setakat ini pihak Ma'ahad mendapat kerjasama yang baik dari ibubapa dan penjaga. Tempoh 2 bulan ini, adalah untuk melatih jatidiri pelajar agar bersedia untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar yang kuat.
Bagaimanapun pihak Ma'ahad tidak terkecuali dari menghadapi kerenah kemanjaan pelajar-pelajar diperingkat awal. Namun kini, mereka sudah mula terbiasa dengan suasana di Ma'ahad.
Tempoh ini juga akan menentukan, samada pelajar-pelajar betul-betul berminat untuk dididik dan dibimbing di Ma'ahad ini atau sekadar untuk melarikan diri dari pelbagai hal di luar sana. Tempoh ini juga akan menentukan kelayakkan mereka untuk meneruskan pengajian di Ma'ahad. Pelbagai sudut akan dipandang dan dinlai oleh pihak Ma'ahad termasuk kesedian pelajar untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Pihak Ma'ahad juga mengajak ibubapa dan penjaga agar sama-sama mendoakan kebaikkan untuk anak-anak di Ma'ahad ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9