

8.30 pagi ibubapa dan pelajar 2017 sudah mula memenuhi ruangan musollah Ma'ahad. 10.00-12.00 tengahari meja pendaftran bermula. Suasana ceria menyelubungi meja pendaftrana. Seterusnya diikuti pada 12.10 tengahari, taklimat dan amanat dari Pengetua/Mudirah Ma'ahad, Ummi dan disusuli dengan majlis penyerahan pelajar kepada pihak Ma'ahad. Selepas waktu zohor, meja pendaftran kembali aktif dengan kehdiran mereka yang lewat untuk berdaftar. Pendaftaran berterusan sehingga waktu asar.
Ibubapa dan pelajar baru dibenarkan keluar untuk menjamu selera sebelum ditinggalkan di Ma'ahad.
Antara amanat Ummi, pastikan anak-anak yang datang ke Ma'ahad adalah mereka yang betul-betul ingin belajar dan bersedia untuk dibimbing. SPM Ma'ahad juga disediakan sebelum melangkah ke SPM oleh Kementerian Pelajaran, iaitu Sijil Padang Mahsyar (SPM Ma'ahad).


Alhamdulillah, pihak Ma'ahad dapat kerjasama yang sangat menggalakkan dan memuaskan dari semua ibubapa dan penjaga. Semoga niat ikhlas pihak Ma'ahad dan ibubapa tercapai untuk membimbing anak bangsa ke arah keredhoaan Illahi dan diterima oleh masyarakat suatu hari nanti. Pesanan Ummi yang terakhir meminta agar semua ibubapa mendoakan yang terbaik buat anak-anak dan perbanyakkan bermunajat kepada Allah memohon agar dipermudahkan membentuk anak-anak ke arah kebaikan.
Tiada yang diharapkan oleh pihak Ma'ahad melainkan ibubapa dan penjaga memahami bagaimana pihak Ma'ahad mendidik dan membimbing pelajar. Semoga hasrat murni pihak Ma'ahad tidak disalah ertikan dan dapat diterima.
Comments